awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecoh apabila dakwaan beras tiruan muncul di pasaran! Ini cara bezakannya

Gempak
Gempak
19/06/2017
10:49 MYT
Kecoh apabila dakwaan beras tiruan muncul di pasaran! Ini cara bezakannya
Masalah beras palsu yang bermula di Indonesia ini dikatakan mempunyai banyak perbezaan berbanding beras asli. - Gambar hiasan
BARU-BARU ini kecoh di media sosial apabila netizen mula berkongsi tentang kewujudan beras palsu yang sama seperti beras plastik.
Masalah beras palsu yang bermula di Indonesia ini dikatakan mempunyai banyak perbezaan berbanding beras asli.
Menurut sumber, beras palsu ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin, lalu diproses dan dibentuk seperti beras asli.
Apa yang mengejutkan, bahan kimia yang terkandung di dalam beras palsu ini sama seperti kandungan untuk menghasilkan paip dan kabel seperti polyvinyl chloride, benzyl butyl phthalate (BBT) yang ternyata amat berbahaya untuk kesihatan.
Selain itu, kandungan berbahaya seperti bis 2-ethylhexyl phthalate (DEHP) dan diisononyl phthalate (DNIP) yang turut terkandung dalam beras ini akan menyebabkan kanser dan masalah pencernaan sekiranya termakan.
Oleh itu, kami kongsikan cara bagaimana untuk membezakan beras palsu dan beras asli:
1) Beras palsu atau plastik kelihatan lebih berkilat berbanding beras asli. Anda harus meneliti beras sebelum membelinya kerana peniaga akan mencampurkan beras palsu dan beras asli.
2) Beras palsu mempunyai bentuk dan panjang yang sama atau sekata. Manakala beras asli mempunyai saiz dan panjang yang sedikit berbeza.
3) Berbau dan rasa yang pelik sekiranya dikunyah. Bau dan rasa beras palsu ini amat berbeza dengan beras asli. Anda pasti akan dapat membezakannya semasa memasak beras tersebut.
4) Beras palsu tidak menyerap air dan sukar untuk dimasak menjadi nasi.
5) Harganya lebih murah. Tahukah anda, harga beras palsu adalah jauh lebih murah berbanding harga beras asli. Hal ini kerana peniaga ingin menarik perhatian pembeli untuk membeli beras tersebut.
Berikut kami kongsikan video penghasilan beras palsu yang tular di media sosial:
Sumber : Ecarian.com Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
#beras palsu
#beras plastik
#BERNAS
#kesihatan
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan