HIBURAN
Kediaman Jungkook diceroboh, peminat fanatik ditahan

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan mencurigakan wanita tersebut juga dikesan jiran selebriti terbabit sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa. - Gambar fail
BARU sahaja selesai menamatkan khidmat ketenteraan wajib, selebriti terkenal K-Pop Jungkook BTS dikejutkan dengan insiden apabila kediaman mewahnya cuba dicerobohi seorang wanita.
Ringkasan AI
- Kediaman mewah Jungkook BTS di Seoul cuba dicerobohi seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai peminat fanatik.
- Suspek ditahan selepas cuba memasuki rumah Jungkook dengan menekan kod pintu berulang kali.
- Wanita itu kini dalam siasatan polis dan didakwa datang ke Korea Selatan untuk bertemu Jungkook yang baru menamatkan khidmat ketenteraan.
“Suspek telah pun ditahan selepas dia didapati berulang kali menekan kod pintu kediaman lima tingkat milik artis berkenaan sebelum cuba memasuki perkarangan rumah bintang K-Pop itu di Yongsan-Gu kira-kira jam 11.20 malam.
“Tindakan pantas pihak berkuasa telah berjaya menghalang sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, tindakan mencurigakan wanita tersebut juga dikesan jiran selebriti terbabit sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
“Polis pada masa yang sama memaklumkan wanita itu masih dalam tahanan polis untuk soal siasat.
“Hasil soal siasat wanita tersebut didakwa datang ke Korea Selatan untuk bertemu Jungkook yang baru sahaja tamat perkhidmatan tenteranya selepas 18 bulan pada Rabu,” jelas kenyataan itu lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami