awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelewatan cukur jambul disebabkan kesibukan Zed Zaidi

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2013
14:39 MYT
Kelewatan cukur jambul disebabkan kesibukan Zed Zaidi
Hanya selepas enam bulan Zed Zaidi mengadakan majlis cukur jambul untuk anak sulungnya, Ryan Ziqry.
Kelewatan itu berpunca daripada kesibukan Zed dalam menguruskan hal persatuan seniman dan urusan politik.
Zed sendiri akui lewat mengadakan majlis cukur jambul anaknya yang diuruskan isterinya, Nelly Natalya bagi anaknya Ryan yang dilahirkan pada 27 Julai tahun lalu.
“Beberapa faktor membuatkan saya sibuk dengan urusan luar sehingga terlewat mengadakan majlis cukur antaranya pengurusan persatuan, persediaan pilihan raya, program artis veteran dan beberapa lagi,” kata Zed.
Bersyukur dengan kelahiran anaknya, Zed bagaimanapun menyifatkan tanggungjawab keluarga adalah lebih berat.
“Dengan kehadiran anak yang pertama saya ini, hidup akan semakin berubah dimana saya tidak seharusnya ralat dengan urusan luar selain harus bekerja keras untuk mengembirakan semua pihak,” tambahnya.
Selain keluarga dan rakan rapat, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran dan persembahan anak yatim Pertubuhan Kebajikan Al-Hidayah.
Topic Berkaitan
#Nelly Natalya
#Ryan Ziqry
#Zed Zaidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan