awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Halyna Hutchins bakal kemuka saman terhadap Alec Baldwin

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2023
02:00 MYT
Keluarga Halyna Hutchins bakal kemuka saman terhadap Alec Baldwin
Sebelum ini Baldwin telah mencapai bersetujuan bersama suami mendiang dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun. - Foto fail/REUTERS
AHLI keluarga Halyna Hutchins yang maut ketika di set penggambaran, bakal menyaman pelakon Alec Baldwin walaupun tuduhan jenayah terhadapnya telah digugurkan.
Tuduhan terhadap Baldwin, yang menembak pistol dan menyebabkan kematian Hutchins digugurkan di New Mexico pada Khamis.
Peguam keluarga mangsa berkata pelakon itu "tidak boleh lepas daripada tanggungjawab" yang menyebabkan kematiannya.
Sebelum ini Baldwin telah mencapai bersetujuan bersama suami mendiang dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun.
Pada Oktober 2021, Baldwin sedang berlatih menembak ketika di set penggambaran di Santa Fe apabila peluru dari senjata yang dipegangnya terkena Hutchins, 42, menyebabkan kematiannya.
Pengarah Joel Souza turut cedera dalam insiden itu.
Pelakon itu menafikan memetik picu senjata berkenaan walaupun siasatan FBI mendedahkan senjata itu tidak mungkin berfungsi jika picu tidak dipetik.
Pada Khamis pihak pendakwa raya memaklumkan akan menarik balik tuduhan terhadap pemenang anugerah Emmy itu selepas bukti baharu menunjukkan siasatan lanjut perlu dijalankan.
Hannah Gutierrez-Reed, yang ditugaskan untuk menyediakan senjata api di set penggambaran berkenaan, berdepan dua tuduhan bunuh tanpa niat.
Sesi penggambaran untuk filem Rust bersambung minggu ini di Montana, Amerika Syarikat, hampir 18 bulan selepas kejadian tembakan itu.
Topic Berkaitan
#Alec Baldwin
#Halyna Hutchins
#saman sivil
#kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan