PADA era tahun 1980-an, ketika ibu kota Kuala Lumpur melihat terdirinya bangunan tinggi yang dinamakan Dayabumi, kebanyakkan anak muda waktu itu juga begitu terpesona dengan kumpulan Kembara.
Semangat perjuangan dan kerakyatan yang ditampilkan dalam lagu-lagu Kembara membuatkan kalangan anak muda meminati kumpulan ini.
Bagi mengembalikan nostalgia dan semangat era 1980-an, Kembara sekali lagi hadir dengan sebuah konsert berskala besar selepas 10 tahun lalu kembali bersatu di Konsert Ekspress Rakyat di Singapura.
Di Kuala Lumpur, konsert Reunion Kembara ini diadakan di Istana Budaya pada 2014.
Selepas lapan tahun serta tertangguh selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, kumpulan yang pernah mencipta fenomena golongan anak muda tahun 80-an ini kembali bergabung.
Kembara bukan sebarang kumpulan. Ketika kebanyakan artis rakaman muncul dengan album lagu-lagu pop balada, Kembara hadir dengan lagu-lagu folks dan progressive rock.
Bercerita tentang konsert yang bakal diadakan pada 31 Julai nanti di Dewan Plenary, KLCC, teraju utama Kembara, Datuk M.Nasir menganggap konsert ini sesuai dengan gelombang pemikiran masa kini.
"Kembara yang kumpulan ini lahir di zaman Dayabumi didirikan dan gelombang kerakyatan serta politik pada waktu itu.
"Kita lahir pada era itu jadi bagi kita sesuai untuk kembalikan nostalgia itu dan mungkin ada persamaan dengan gelombang pemikiran orang pada masa kini," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Pasar Seni di ibu kota baru-baru ini.
Dengan tujuh album sewaktu aktif pada tahun 1981 hingga album terakhir pada 1986, kumpulan ini mempunyai himpunan lagu-lagu yang menjadi siulan peminat setianya.
Pemain gitar serta penyanyi Kembara, Zoul pula sangat teruja untuk memperdengarkan lagu-lagu kumpulan ini yang jarang didendangkan di mana-mana konsert sebelum ini.
"Lagu-lagu itu dirakamkan lebih 30 tahun mungkin 38 tahun lepas. Bila kita semak kembali senarai atau himpunan lagu yang ada, kita rasa ada lagu yang sebenarnya sepatutnya dinyanyikan ketika konsert reunion sebelum ini.
"Jadi kita pilih lagu-lagu itu dan berlatih. Saya sangat teruja dengan pemilihan lagu-lagu itu sebab mahu perdengarkan kepada peminat setia Kembara dari awal album pertama hingga yang ketujuh," katanya.
Bagi Ketua Pengarah Eksekutif Shiraz Projects Shirazdeen Karim selaku penganjur konsert "Kembara Panorama Jingga: 1444 Hijrah", sudah lama pihaknya mengimpikan bekerjasama dengan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti "Hati Emas" dan "Ekspres Rakyat".
"Semua orang tahu Datuk M.Nasir mula melonjak naik dengan Kembara dan ramai kalangan peminat muzik tempatan yang membesar dengan lagu-lagu Kembara.
"Jadi saya rasa konsert ini akan jadi flashback zaman mereka muda dan zaman mereka baru mahu naik dalam kehidupan," katanya.
Konsert "Kembara Panorama Jingga: 1444 Hijrah" merupakan konsert satu malam sahaja ini dan dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.
Peminat Kembara boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM860 (Meet and Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) yang boleh dibeli di www.myticket.asia.
Dijadual bermula pada pukul 8.30 malam, konsert yang menghimpunkan tenaga dan kehebatan M.Nasir sebagai vokalis, Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard) itu akan membawa penonton ke suatu dimensi masa bersama lagu-lagu berjiwa besar mereka.
"Konsert Panorama Jingga: 1444 Hijrah" ini bakal mengubat rindu peminat Kembara di zaman 1980-an dan memberi peluang kepada generasi baharu untuk mengenali muzik kumpulan itu dengan lebih akrab.
Irwan Muhammad Zain
Sun Jul 03 2022

Konsert Panorama Jingga: 1444 Hijrah disifatkan akan mengubat rindu peminat Kembara di zaman 1980-an dan memberi peluang kepada generasi baru untuk mengenali muzik kumpulan itu dengan lebih akrab. - Gambar ihsan Shiraz Projects Sdn Bhd

Azizulhasni tekad bawa pulang emas Olimpik
Azizulhasni turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersama-samanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [02 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [02 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007622/24992725421675298539382_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [02 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman & Gee Gee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - Kerajaan sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030. - Pemilik kedai makan jamin tidak pilih kasih hidang Menu Rahmah. - Kolaborasi Astro, MFL jadi penyiar rasmi Liga Malaysia. #AWANInews

Thaipusam: Beberapa jalan di sekitar P.Pinang ditutup untuk perarakan pedati mulai Sabtu
Beberapa jalan di sekitar bandar raya George Town akan ditutup mulai pukul 6.30 pagi Sabtu ini, hingga pukul 7 petang pada 6 Feb.

PayPal berhentikan 2,000 kakitangan berikutan kelembapan makroekonomi
Syarikat perkhidmatan kewangan PayPal dilaporkan akan mengurangkan 2,000 kakitangan di seluruh dunia selepas berdepan dengan kelembapan makroekonomi sekaligus memberi kesan kepada perniagaan firma itu

15 motosikal hangus
Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya pada Khamis.

Serangan Nekad | Suspek kes letupan bom di masjid Pakistan ditahan
Beberapa suspek ditahan polis, dipercayai ada kaitan dengan kes pengebom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid dekat Pakistan. Polis kini sedang menyiasat kemungkinan pengebom itu mempunyai bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Ekonomi AS | The Fed naikkan kadar faedah kecil, kenaikan berterusan
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) melanjutkan perjuangannya menentang inflasi dengan menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak suku mata, kenaikan kelapan sejak Mac 2022. FED turut memberi isyarat walapun inflasi semakin berkurangan, ia masih cukup tinggi untuk memerlukan kenaikan kadar faedah selanjutnya.

COVID-19 | Draf global tekankan ekuiti, elak kegagalan COVID berulang
Menurut draf awal perjanjian pandemik global yang disemak Reuters, ia termasuk langkah untuk menempah 20 peratus daripada ujian saringan, vaksin atau rawatan yang dibangunkan agar ia digunakan di negara-negara berpendapatan rendah.

Hina Islam | Insiden bakar al-Quran, OIC tuntut tindak balas tegas
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuntut 'tindak balas yang tegas' terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini. Blok Islam itu menyuarakan pendirian bersama terhadap penghinaan al-Quran baru-baru ini dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di Jeddah, Arab Saudi.

COVID-19 | 325 kes baharu, tiada kematian dilaporkan
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada bawah 500 kes untuk 25 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Rabu naik kepada 325 berbanding 251 kes yang dicatatkan hari sebelumnya dan daripada jumlah itu, 2 adalah kes import.

Tiada kebenaran diberikan kepada Fahmi Reza - USM
Tiada permohonan daripada mana-mana pihak termasuk Mohd Fahmi sendiri berhubung program yang dinamakan sebagai Kelas Demokrasi Fahmi Reza @ USM itu.

Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 tiba di Kuala Lumpur
Peserta konvoi menaiki 41 kenderaan pelbagai jenis termasuk daripada kelab motosikal K16 dengan 62 peserta.

'Memang tiada dalam kontrak' - Isu Adi Putra enggan hadir Mat Kilau Indonesia, Studio Kembara tampil jelaskan
Rahman tidak tolak kemungkinan panggilan Adi tidak dibalas kerana mereka mempunyai perbincangan bersama pasukan sehingga lewat malam.

Mat Kilau 'cari' Studio Kembara, kecewa sukar dihubungi?
Kenapa tiba-tiba sahaja Mat Kilau 'marah'?

Pesara tentera zahir semangat Hari Kebangsaan menerusi Kembara Solo Hijrah Merdeka
Setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan, rakyat Malaysia akan tampil dengan pelbagai cara menzahirkan semangat patriotik dan rasa cinta mereka kepada negara.

'Konsert Panorama Jingga: 1444 Hijrah', dedikasi Kembara pada era gemilang 80-an
Muzik Kembara akan terus mekar dan tidak mustahil menjadi rujukan generasi akan datang.

Teroka destinasi baharu, RareTV lancar misi kembara Artik
Rare TV yang dimulakan pada tahun 2020 kini telah mendapat langganan kira-kira suku juta pengikut.

Bomba selamatkan empat wanita sesat dalam hutan
Empat sahabat berdepan detik cemas apabila tersesat ketika melakukan aktiviti kembara hutan di Bukit Saga, Taman Saga, pada Sabtu.

Kembara kembali dengan 'Konsert Panorama Jingga: 1444 Hijrah'
Semangat perjuangan dan kerakyatan yang ditampilkan dalam lagu-lagu Kembara membuatkan kalangan anak muda meminati kumpulan ini.

Mat Kilau arahan Syamsul Yusof telan belanja RM8 juta, bakal jadi biopik terhebat alaf ini
Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau.