Penyanyi lagu "Patah Seribu", Shila Amzah tampil memberi kenyataan memohon maaf berkaitan kemelut di antara ayahnya, ND Lala dan teman lelaki, Sharnaaz Ahmad yang memberi kenyataan tentang isu kahwin minggu lalu.

Shila juga memohon maaf kepada semua kerana menimbulkan keresahan kepada semua terutama kepada keluarganya.

Shila turut berharap peminat mendoakan keselamatannya.

Sebelum ini, Shila mengeluarkan kenyataan kepada media dengan menyatakan dia bertanggungjawab sepenuhnya kerana melibatkan maruah keluarga kedua-dua pihak.

Dia memberitahu tidak sanggup melukakan hati ibu bapa dengan melakukan sesuatu perkara tanpa restu.

Walaupun tiada kesimpulan tentang situasi diri dan keluarganya serta Sharnaaz, kami berharap agar segalanya diselesaikan dengan cara baik.