awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesanan ND Lala kepada Ubai: "Jaga Shila baik-baik"

Gempak
Gempak
31/05/2023
01:50 MYT
Pesanan ND Lala kepada Ubai: "Jaga Shila baik-baik"
Ubai mendedahkan yang ramai bertanya kepadanya mengenai kehadiran Datuk ND Lala sewaktu majlis pertunangan dia dan Shila Amzah pada Sabtu lalu.
PERSONALITI media sosial, Ubai mendedahkan yang ramai bertanya kepadanya mengenai kehadiran Datuk ND Lala sewaktu majlis pertunangan dia dan Shila Amzah pada Sabtu lalu.
Menurut Ubai, itu bukanlah kali pertama bertemu dengan ayah kepada tunangnya, Shila.
Malah, dia pernah berjumpa dengan ND Lala beberapa kali sebelum ini.
“Ketika majlis itu, parents Sya (panggilan Shila) semua ada. Dan ramai juga tanya tentang ayah Sya kepada saya. Sebenarnya saya dah jumpa Datuk ND dah lama, sejak sebelum bertunang lagi… ketika nenek Sya meninggal.
“Masa itu saya dah borak dengan ayah Sya. Jadi, takda apa pun, normal sahaja seorang ayah datang ke majlis anaknya. Mereka anak-beranak ok. Andai kata tak ke, kita doakan baik-baik,” katanya kepada Gempak.
Ditanya apakah pesanan yang dititipkan buat dirinya, Ubai berkata, selain ucapan tahniah, ND Lala meminta agar Shila dijaga sebaik-baiknya.
“Dia ucapkan tahniah kepada saya. Dia juga pesan supaya jaga Sya dan mendoakan apa yang kami rancang berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Ubai turut memberitahu yang dia dan Shila merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini, tetapi masih belum menentukan tarikh bagi majlis berkenaan.
“Kami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Tetapi bergantung juga dengan kesihatan ibu saya yang sedang menjalani kemoterapi bagi penyakit kansernya.
“Sebelum tunang haritu pun banyak dugaan… Adik meninggal, saya jalani pembedahan. Jadi, tarikh nikah tu belum confirm lagi. Kalau ada, saya akan umumkan,” katanya. - Gempak
Topic Berkaitan
#Shila Amzah
#Shila Amzah bertunang
#ND Lala
#ubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan