KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi sedang mengkaji untuk menggubal satu Akta Muzik bagi memastikan bidang seni itu mempunyai akta sendiri, sekali gus menjaga kebajikan golongan pemuzik.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata memandangkan penyanyi merupakan penyedia konten paling banyak bagi aspek penyiaran melibatkan medium radio dan televisyen, maka terdapat keperluan untuk meneliti akta berkenaan bagi memastikan kemampanan industri itu.
"Saya lihat ada beberapa perkara asas yang perlu diperkukuh, pertama aspek literasi iaitu pemahaman perundangan kerana ramai artis-artis baru, bila mereka menandatangani kontrak ramai tak faham apa maksud kontrak tu.
"Bila saya bercakap dengan contohnya penyanyi Kaka Azraf, kesan daripada beliau dibuang daripada label (syarikat rakaman) cukup besar.. termasuk lagu-lagu yang pernah beliau nyanyikan, dan kesannya juga kepada royalti dan sebagainya.
"Jadi saya lihat sekiranya kita ada akta itu sendiri untuk muzik, setidak-tidaknya aspek ini boleh diketengahkan dan boleh jadi lebih sustainable atau mampan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi penyanyi veteran Zaiton Sameon pada Program Ziarah Seni MADANI Finas 2024 di Ampang hari ini.
Terdahulu Fahmi turut menziarahi pelakon dan pengarah Salehudin Ridzwan atau lebih dikenali sebagai Din Glamor di kediamannya di Bukit Antarabangsa bagi program yang sama.
Beliau berkata pihak kementerian telah memulakan sesi libat urus dengan MyCreative Ventures sebagai agensi peneraju bagi mendapatkan cadangan tentang penggubalan akta itu, selain sebuah jawatankuasa program turut dibentuk bagi mempercepatkan proses kajiannya.
"Sebelum ini saya sudah terima sejumlah cadangan, tetapi cadangan ini mungkin boleh ditambah baik dengan penglibatan pihak industri dan akademik di pelbagai peringkat untuk fahamkan kementerian tentang aspek yang perlu ada dalam akta itu nanti," katanya.
Mengulas tentang pengagihan royalti kepada pemuzik, menurutnya pihak kementerian telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan antara langkah yang diambil adalah memastikan setiap kementerian yang memanfaatkan karya tempatan membuat bayaran royalti kepada pemuzik terlibat.
"Di pihak kementerian tahun lepas melalui semua saluran televisyen dan radio, kita telah kumpulkan jumlah yang perlu dibayar kepada semua terlibat.
"Saya juga telah sampaikan kepada kementerian lain, sekiranya mereka memanfaatkan artis tempatan, lagu-lagu, karya mereka dalam sebarang kempen dan untuk acara tertentu, sambutan hari tertentu, maka mereka perlu membuat bayaran itu dan kita akan selaraskan, maka jumlahnya akan lebih besar," katanya.
Sementara itu ditanya mengenai tindakan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh yang dilihat masih memainkan isu stoking tertera kalimah 'Allah', Fahmi berkata titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sudah jelas dan semua pihak perlu menghentikan polemik itu.
"Bagi yang beragama Islam, berbangsa Melayu, kedudukan Agong di paras tinggi, paling tinggi, bagi saya - mengingkari titah dan sengaja mentafsirkan (titah Seri Paduka Baginda) dalam cara yang lain, bagi saya kurang sesuailah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Ujar Fahmi, terdapat keperluan untuk meneliti akta berkenaan bagi memastikan kemampanan industri itu. - Foto Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Kementerian Komunikasi kerjasama dengan Meta bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Kandungan podcast langgar batas undang-undang boleh diambil tindakan - Fahmi
Kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan sebarang kawal selia ke atas kandungan yang dihasilkan pengendali audio siar atau podcast.
Kerajaan kaji penurunan caj jalur lebar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membincangkan penurunan caj perkhidmatan langganan jalur lebar.