HULU SELANGOR: Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Meta Platforms Inc (Meta) sedang membangunkan satu kemudahan WhatsApp Chatbot yang akan dilancarkan hujung bulan ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kemudahan Chatbot menerusi aplikasi WhatsApp milik Meta itu akan berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan di aplikasi berkenaan.
Katanya beliau sudah mencuba dan berpuas hati dengan aplikasi itu, namun ketika ini ia memerlukan sedikit masa bagi menyelesaikan beberapa aspek teknikal bersama Meta, sebelum boleh dilancarkan.
"Kemudahan ini kita bangunkan kerana banyak mesej-mesej tidak benar, fitnah disebarkan menerusi WhatsApp, jadi kita pilih (untuk) letakkan penyelesaian di aplikasi itu juga. Pengguna boleh berkongsi dengan Chatbot (mengenai) sebarang mesej diterima untuk dipastikan kesahihannya,dan akan mendapat maklum balas dalam tempoh satu atau dua minit.
"Untuk jawapan semakan kesahihan oleh Chatbot itu, kita bekerjasama dengan laporan daripada kumpulan JomCheck iaitu melibatkan beberapa NGO (pertubuhan bukan kerajaan) termasuk MyCheck daripada Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) yang mempunyai standard amat tinggi," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pra Pelancaran Rangka Kerja Perkongsian Rangkaian dan Infrastruktur di sini yang turut dihadiri Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib dan Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Ir Azizi A. Hadi.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kemudahan WhatsApp Chatbot itu mampu memberi reaksi dan maklum balas kepada setiap pertanyaan pengguna dalam pelbagai bahasa utama antaranya Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
"Namun ketika ini WhatsApp Chatbot hanya berdasarkan text...maknanya kalau kita hantar dokumen, video atau gambar, dia belum ada lagi kemampuan untuk semak dan sahkan, tetapi saya harap pada masa depan akan ada kemampuan itu," katanya.
Sementara itu merujuk kepada majlis hari ini Fahmi berkata enam pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah bersetuju dengan rangka kerja perkongsian rangkaian dan infrastruktur dalam menawarkan liputan yang lebih baik dan menyeluruh kepada pengguna.
Enam MNO berkenaan adalah CelcomDigi (dua rangkaian berasingan), Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications.
"Sehingga kini 102 menara telah dikenal pasti di tujuh kawasan utama yang akan mempunyai liputan sama rata oleh enam MNO meliputi lebuh raya, universiti awam, hospital, stadium, kawasan tumpuan pelancong, kem askar serta kuarters polis dan juga kawasan-kawasan sambutan perayaan.
"Setakat ini, kemajuan melengkapkan liputan sudah melebihi 70 peratus di lokasi-lokasi tapak... di Kuala Kubu Baharu sahaja, terdapat sembilan menara, dengan lima daripadanya melaksanakan perkongsian rangkaian antara MNO," katanya.
Fahmi berkata dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas majlis hari ini, pihak MNO akan menguji model pelaksanaan di dalam rangka kerja pada rangkaian dan menara sebenar (live network) di lima lokasi yang telah dikenal pasti.
Sementara itu beliau berkata pihak kementerian juga sedang berbincang dengan syarikat telco dalam usaha mewujudkan inisiatif pelan 5G RAHMAH buat golongan mahasiswa di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan. - Gambar hiasan
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM22 juta naik taraf Terminal Feri Ro-Ro Labuan
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM22 juta bagi kerja-kerja menaik taraf kemudahan sedia ada di Terminal Feri Roll-on Roll-off (Ro-Ro) di pulau bebas cukai ini.
Guru dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024
Guru sekolah rendah, Hyellene Danius mewkili Unduk Ngadau Daerah Inanam berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Kebangsaan 2024.
AWANI Borneo [31/05/2024] - Sebelum akhir Julai | Etnik, budaya & tarian | Gawai Dayak
AWANI Borneo 31 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
- PM tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai.
- Pesta Kaamatan meriah, KDCA dibanjiri pengunjung luar dan dalam negara.
- Alena Murang dan Velvet ajak semua 'Berjugit Betanda Menari'
- PM tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai.
- Pesta Kaamatan meriah, KDCA dibanjiri pengunjung luar dan dalam negara.
- Alena Murang dan Velvet ajak semua 'Berjugit Betanda Menari'
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Masyarakat Dayak diseru utamakan pendidikan
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam perutusan Gawai berkata, Kerajaan Sarawak memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membolehkan rakyat negeri itu belajar dan menguasai ilmu terkini, termasuk berkaitan teknologi.
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka
Dr Mahathir berkata, beliau menerima sapina untuk menghadirkan diri bagi memberi keterangan dalam prosiding itu pada Jumaat.
KDCA lokasi pamer kemeriahan pelbagai etnik dan budaya
Kemuncak sambutan Pesta Kaamatan menjadikan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) tempat tumpuan ribuan pengunjung dari seluruh pelusuk Sabah termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.
Kerajaan pusat sokong cadangan pembinaan jambatan Labuan
Kerajaan Persekutuan hari ini menzahirkan sokongan terhadap cadangan pembinaan jambatan bagi menghubungkan Pulau Labuan dan tanah besar Sabah yang sudah lama tertangguh sementara menunggu laporan komprehensif mengenai implikasinya.
Kewujudan akan dibincang semula, dikendali KKDW
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu isu pewujudan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) akan dibincangkan semula.
Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.
Kementerian Komunikasi kerjasama dengan Meta bangunkan WhatsApp Chatbot, perangi berita palsu
Kemudahan itu berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan.
Waspada taktik 'scammer' guna nama pegawai Kementerian Komunikasi
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka.
Kandungan podcast langgar batas undang-undang boleh diambil tindakan - Fahmi
Kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan sebarang kawal selia ke atas kandungan yang dihasilkan pengendali audio siar atau podcast.
Kerajaan kaji penurunan caj jalur lebar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membincangkan penurunan caj perkhidmatan langganan jalur lebar.