Pengguna media sosial mewujudkan satu kempen bagi mendesak penyedia aplikasi media sosial agar menutup akaun media sosial milik personaliti terkenal Azwan Ali.
Kempen #JomReportAzwanAli menyeru pengguna Twitter dan Instagram agar bersama-sama melaporkan akaun Azwan Ali yang dianggap sering mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak bersesuaian dengan budaya.
Semalam, akaun Twitter personaliti terkenal itu didakwa ditutup berikutan laporan yang telah dibuat oleh orang ramai.
Kebiasaannya, pihak pengendali Twitter akan membuat penilaian sebelum menutup akaun yang dilaporkan.
Namun Azwan menerusi laman Instagram menjelaskan bahawa akaun Twitternya ditutup adalah atas pilihan sendiri dan bukannnya sebab atas tindakan pihak pengurusan Twitter.
Sebelum penutupan akaun Twitter Azwan Ali dilihat memuat nak beberapa status bagi menjelaskan perkara itu.
Kempen tersebut mendapat pelbagai reaksi dari para netizen, yang rata-ratanya menyokong.
Bulan Ramadan lalu, personaliti terkenal yang berusia 49 tahun ini dihentam teruk oleh para pengguna Twitter kerana memaki seorang peminat ekoran salah faham mengenai nama restoran.
BACA: Selepas digertak, Azwan Ali akhirnya mohon maaf
BACA: 'Tweet Azwan Ali bukan macam orang berpuasa' - Mufti Perak
Sekitar minggu lalu, dua kontroversi melanda beliau membuatkan namanya menjadi topik hangat di laman Twitter.
Isu pertama melibatkan rentetan luahan rasa tidak puas hati terhadap pelawak dan pelakon Nabil Ahmad yang dikatakan tidak menegur dirinya tatkala berada dalam penerbangan yang sama ketika pulang dari Umrah.
Pada 21 Julai lalu, Azwan dilihat mengeluarkan kata-kata yang kurang sensitif dan menghina mangsa kemalangan jalan raya semasa Aidilfitri.
Meskipun kedua-dua isu ini telah diselesaikan namun para netizen dilihat tidak mahu berhenti bercakap mengenai pengacara yang menggelarkan diri sebagai seorang diva ini.
Astro Awani
Sat Jul 25 2015
Pelbagai kontroversi melibatkan pengacara Azwan Ali sejak bulan Ramadan menjurus kepada penutuan akaun Twitternya.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Kempen lapor akaun media sosial Azwan Ali dilancarkan
Pelbagai kontroversi melibatkan pengacara Azwan Ali sejak bulan Ramadan menjurus kepada penutuan akaun Twitternya.