ISTIMEWA buat penonton dan peminat Malaysia, kali ini Astro First membawakan animasi terus dari Jepun iaitu filem ke-29 daripada francais popular Crayon Shin-chan, ‘Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy’.
Tahun lalu, filem ini telah ditayangkan di negara asalnya, Jepun dan berjaya meraih kutipan box office.
Filem terbitan Produksi Shin-Ei Animation ini diarahkan oleh Wataru Takashi, nama yang tidak asing lagi dengan dengan siri animasi Shin-Chan sebelum ini.
Filem ini masih mengekalkan kesemua pelakon suara yang sama dari filem prekuel seperti Yumiko Kobayashi (Shin-chan), Tamao Hayashi (Nene), Mari Mashiba (Kazama), Teiyu Ichiryusai (Masao), Chie Sato (Bo), Miki Narahashi (Misae), Toshiyuki Morikawa (Hiroshi) dan ramai lagi.
Filem tersebut bakal mengisahkan situasi di mana Shinnosuke dan rakan-rakannya masuk ke sesi induksi selama seminggu di sekolah elit berasrama penuh yang ditadbir oleh AI untuk terlibat dalam pasukan pertahanan Akademi Persendirian TenkatÅitsu Kasukabe (lebih dikenali sebagai "Tenkasu").
Secara tidak sengaja telah berlaku satu insiden di mana Kazama diserang.
Pasukan pertahanan Kasukabe bergabung tenaga dengan presiden majlis pelajar sekolah Chishio Atsuki untuk membentuk sekumpulan detektif bagi menyelesaikan misteri di sebalik apa yang berlaku.
Jangan lupa saksikan filem animasi, Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy bermula 4 Jun dengan hanya RM15 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat Jun 04 2022
Jangan lupa saksikan filem animasi, Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy bermula 4 Jun dengan hanya RM15 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. -Gempak
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kenakalan Shin-Chan menjadi-jadi di Astro First mulai hari ini
Filem terbitan Produksi Shin-Ei Animation ini diarahkan oleh Wataru Takashi, nama yang tidak asing lagi dengan siri animasi Shin-Chan sebelum ini.