PENYANYI nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza memberitahu teringin untuk makan karipap Sira memandang itu ialah kuih kegemarannya di bulan Ramadan.
“Setiap kali bulan puasa saya akan cari karipap sira tetapi di sini (Kuala Lumpur) susah betul nak cari. Baru-baru ini saya teringin sangat nak makan Karipap Sira saya pusing satu KL tapi tak jumpa.
“Kalau balik Kuala Lipis memang saya akan beli kuih tersebut. Karipap sira intinya adalah sayur-sayuran, sama lebih kurang seperti popia sira cuma kiuh itu dalam bentuk karipap.
“Kalau setiap kali tiba bulan puasa, saya memang akan cari kiuh karipap sira pedas tu. Tapi memandangkan di KL tiada, dapat makan popia sira pun jadilah,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Dalam pada itu mengulas mengenai aktivitinya sepanjang bulan Ramadan, Datuk Siti memberitahu dia kini memperlahankan aktiviti nyanyian buat seketika.
“Ya saya berehat seketika kerana banyak komitmen dalam bidang perniagaan. Maksud rehat saya ialah rehat dari segi konsert-konsert atau persembahan besar.
“Kena pula pada bulan Ramadan ini, saya agak sibuk dengan bidang perniagaan di mana saya baru sahaja memperkenalkan koleksi baju Raya iaitu Creation Sesuci Lebaran 2016.
“Alhamdulilah, perniagaan tudung kolaborasi bersama Ariani juga semakin mendapat sambutan, jadi saya ambil masa ini untuk beri fokus kepada perniagaan,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Datuk Siti kini memperluaskan perniagaan produk kecantikkannya, SimplySiti menerusi sistem atas talian dengan kerjasama Amax Mall.
Gempak
Fri Jun 10 2016
SITI: Memandangkan di KL tiada Karipap Sira, dapat makan popia sira pun jadilah. - Foto Astro Gempak
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kerana karipap sira, Datuk Siti Nurhaliza sanggup pusing satu KL
Datuk Siti Nurhaliza memberitahu teringin untuk makan karipap Sira memandang itu ialah kuih kegemarannya di bulan Ramadan.