KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai dan dekorasi rumah terhadap personaliti televisyen, Awal Ashaari berhubung kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman selebriti itu gagal diselesaikan melalui proses mediasi kerana kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan terma-terma penyelesaian.
Peguam Sareekha Roslyna Mohd Rosly yang mewakili Naz Empire Sdn Bhd selaku plaintif berkata sehubungan itu kes tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan.
"Kedua-dua pihak telah memfailkan dokumen berkaitan perbicaraan termasuk pernyataan saksi. Pihak plaintif (Naz Empire) akan mengemukakan dua saksi termasuk Pengarah Naz Empire Azrianna Alyssa Azmil manakala Awal Ashaari akan memberikan keterangan bagi pihaknya selaku defendan," katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar A.Shaarmini secara dalam talian (e-Review) hari ini.
Ditanya mengenai tarikh perbicaraan, Sareekha Roslyna berkata kemungkinan tarikh tersebut akan ditetapkan pada pengurusan kes seterusnya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache pada 4 Ogos ini.
Sementara itu, peguam Hamizah Sobree yang mewakili Awal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Pada 7 Julai tahun lepas, mahkamah mencadangkan supaya kes saman itu dirujuk ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, dan sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, kes diteruskan dengan perbicaraan.
Pada 13 Nov 2020, Naz Empire memfailkan saman berjumlah RM3 juta terhadap Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat serta pemilik syarikat terbabit di media sosial.
Syarikat itu mendakwa kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman Awal dimulakan selepas Awal membayar deposit sebanyak RM100,000, bagaimanapun Awal menyatakan ketidakpuasan hati terhadap hasil atau kualiti kerja plaintif dan memberhentikan syarikat terbabit daripada terus membuat kerja pengubahsuaian serta meminta memulangkan semula wang RM100,000 itu.
Plaintif mendakwa, Awal telah memulakan siri fitnah secara berterusan terhadap plaintif dalam laman sosial Instagram dan Facebook miliknya serta telah memuat naik satu siaran fitnah melalui siaran YouTube di pautan dengan nama pentas 'SchaAwal' bagi tujuan sama.
Awal turut memfailkan tuntutan balas pada 30 Dis 2020, dengan menuntut ganti rugi RM750,000 daripada syarikat berkenaan berhubung kegagalan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022

Naz Empire memfailkan saman berjumlah RM3 juta terhadap Awal kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat serta pemilik syarikat terbabit di media sosial. - Gambar fail/BERNAMA

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

Paip pecah siap dibaiki, bekalan air pulih sepenuhnya 6 pagi Ahad
Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2 telah siap dilaksanakan pada jam 6 pagi, pada Sabtu.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Kes saman fitnah Zahid Hamidi terhadap Tun M ditetap November
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 6 Nov untuk mendengar kes saman fitnah Zahid terhadap Dr Mahathir.

Pengawal selia AS saman pengasas kripto atas penipuan dan pelanggaran sekuriti
SEC pada Rabu mengumumkan pertuduhan terhadap usahawan aset kripto Justin Sun dan tiga syarikat milik penuhnya.

PKNS, Parkson diperintah teruskan pertikaian di Mahkamah Tinggi
Rayuan PKNS Andaman Development terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya pada 29 Jan 2021 boleh dibatalkan dengan kos RM10,000.

Rayuan untuk kembalikan semula saman berhubung tuntutan Batu Puteh didengar pada 15 Nov
Pihak-pihak yang terlibat juga dikehendaki mengemukakan hujah masing-masing pada 18 Okt dan hujah balas pada 31 Okt.

Jalan Persekutuan rosak: Pengguna boleh kemuka tuntutan jika terlibat kemalangan - Abdul Rahman
Ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan diberikan kepada syarikat konsesi untuk dilaksanakan mengikut perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak.

Wee Ka Siong dakwa terima ugutan isu bekalan telur import
Wee Ka Siong mendakwa beliau menerima ugutan berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat membabitkan isu bekalan telur import.

Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, tindakan beberapa pengimport telur yang ingin menyaman beliau susulan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu tidak berhasil.

Kereta halang lalu lintas milik anggota polis, tiga saman trafik dikeluarkan
Pemilik kereta ialah seorang pegawai rendah polis yang bertugas di Batu Gajah, dan semasa kejadian kereta itu dipandu ahli keluarganya.

Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli MT UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Pelajar sekolah disaman, tunggang motosikal secara berbahaya
Ibu bapa diminta supaya sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka terutama selepas waktu persekolahan.