awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketegasan Johan ajar anak-anak mengaji tarik perhatian

Gempak
Gempak
08/08/2022
04:04 MYT
Ketegasan Johan ajar anak-anak mengaji tarik perhatian
Johan dikenali sebagai seorang selebriti yang sangat menitikberatkan hubungan kekeluargaan.
BARU-BARU ini, menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada Johan, Ozlynn mendedahkan gaya yang ditunjukkan oleh suaminya ketika mengajar anak-anak mengaji.
Menerusi beberapa keping gambar dan video yang dimuat naik, Johan dilihat memberi tunjuk ajar kepada anak-anaknya dengan nada suara yang berbeza.
Adakala suara Johan kedengaran tegas dan adakalanya ditinggikan.
Menerusi ruangan kapsyen, Ozlynn menulis yang selama ini, ramai yang ingin menghantar anak mereka belajar mengaji bersama Johan.
View this post on Instagram
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)
Offer diri
“Nampak macam bestkan? Bila post gambar atau video papa ajar mengaji. Semua sibuk nak hantar anak dekat papa (Johan) untuk ajar mengaji. Siap ada yang offer diri juga… yang tua pun nak mengaji tapi nak papa ajar. Berani ke?
“Tengoklah dan telitilah setiap video dalam ni semua ok. Sebagai seorang isteri yang selalu diajar juga… sangat enjoy tapi papa tegas nak mampuiih. Takut kalau bab mengaji atau harfiah dia ajar. Tak ada nego ya, rotan tetap dekat tangan,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen di Instagram, rata-rata memberikan respons positif dan bersetuju dengan gaya pengajaran yang diterapkan oleh Johan.
Begitupun, lain pula kisahnya di Twitter. Ramai yang mengkritik ketegasan Johan itu dan menasihati supaya tidak menggunakan kekerasan sewaktu mengajar.
Emosi
“I can feel the emotional heartbreak. Tiba-tiba rasa nak menangis sekali. Parents, pleaselah jangan marah macam ni dengan anak-anak, terutama masa didik agama. Tak kisahlah lepas tu kau minta maaf, hug, belanja makan ke apa. Kesan emotional breakdown tu boleh stay tak tau berapa lama.”
“Kenapa kena ajar mengaji garang-garang? Serious curious dari dulu. Kalau sebab nak bagi cepat tangkap macam tak make sense. Masa saya dekat tadika dulu, ustazah ajar baik-baik dan kalau salah cuma kena tegur, elok je saya cepat catch up, 5 tahun dah habis Iqra’ dan start Al-Quran. So what is the reason?”
Namun, ada juga yang menegaskan bahawa ketegasan ketika pembelajaran mampu menjadikan pelajar itu lebih serius.
Serius
“Ada sebab kenapa orang ajar mengaji dalam keadaan pressure macam ni. Kalau tak dimarah, budak akan rasa benda tu tak serius. Bila dah serius dia akan mengaji betul-betul. Bila dah betul, kuranglah kena marah. Sumpah teringat kenangan belajar mengaji dengan arwah atok.
“Elok lagi ni ayah sendiri yang ajar. Zaman aku kena hantar mengaji dengan tok yang garang. Aku mengaji kat luar, tok duk jerit dari dapur.”
Berita asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#johan
#Johan ajar anak mengaji
#Johan Raja Lawak
#Ozlynn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan