awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel ke atas khemah di Gaza ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera
Tentera Syria lancar serangan terhadap SDF di kejiranan Aleppo
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat

Bernama
Bernama
07/01/2026
21:00 MYT
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
Kajian semakan dan pembaharuan undang-undang maritim negara akan dilaksanakan secara berperingkat hingga akhir 2026.
PUTRAJAYA: Kajian semakan dan pembaharuan undang-undang maritim negara akan dilaksanakan secara berperingkat hingga akhir 2026, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Rabu.
MOT dalam kenyataan memaklumkan pihaknya kekal komited untuk terus memperkukuh tadbir urus dan kerangka perundangan maritim negara demi menjamin daya saing industri perkapalan serta pelabuhan negara di peringkat tempatan dan global.
Menurut kenyataan itu, Majlis Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Maritim Malaysia (MLRRC) yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ong Chee Kwan sebagai Timbalan Pengerusi, telah bersidang pada Selasa.
"Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa MLRRC bertujuan mengemas kini dan mengubal undang-undang maritim negara selaras dengan undang-undang perkapalan dan maritim antarabangsa serta meningkatkan permudahan perdagangan dan pengangkutan negara," menurut kenyataan itu.
MOT memaklumkan mesyuarat itu menandakan permulaan rangka kerja inisiatif strategik dan hasrat kerajaan untuk menyemak, memodenkan dan memperbaharui undang-undang maritim Malaysia secara menyeluruh serta memastikan ia kekal relevan, berwibawa dan mampu menyokong daya saing ekonomi negara.
Mesyuarat Jawatankuasa MLRRC pertama ini membincangkan dan memperincikan laporan awal yang disediakan oleh firma perunding yang dilantik untuk membantu kerja MLRRC.
"Ia melibatkan skop, metodologi dan analisis jurang perundangan dan semakan pertindihan bidang kuasa antara undang-undang maritim negara," menurut MOT.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kajian
#pembaharuan undang-undang maritim
#secara berperingkat
#Kementerian Pengangkutan MOT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan