SETELAH tujuh tahun menyepi, program realiti nyanyian 'Otai Kembali Berbisa' Kilauan Emas kini kembali!
Masih sihat tubuh badan dan masih mempunyai impian yang besar untuk menjadi seorang penyanyi? Ayuh sertai uji bakat yang bakal diadakan pada 3 & 4 Ogos 2024 di SACC MALL Shah Alam.
Tidak seperti musim-musim sebelum ini, uji bakat Kilauan Emas 2024 kali ini hanya akan dijalankan di satu-satunya lokasi Lembah Klang iaitu SACC MALL Shah Alam selama dua hari pada 3 & 4 Ogos.
Setelah ditapis, hanya 20 finalis yang terpilih akan berentap semula di pentas TOP 20 pada 5 Ogos 2024.
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 45 tahun ke atas
- Tidak pernah merakamkan album
- Tidak terikat dengan kontrak syarikat rakaman
- Sekeping salinan kad pengenalan
- Sekeping gambar berukuran 3R (kepala hingga paras pinggang)
Selain itu, senarai lagu WAJIB turut disediakan bagi peserta-peserta yang berminat untuk menyertai program Kilauan Emas.
Nak ‘walk -in’ tapi malas beratur dan takut borang penyertaan habis? Jangan risau. Peserta boleh hantarkan video nyanyian berdurasi 1 minit kepada aplikasi WhatsApp di talian 017-2480147 untuk mendapatkan nombor “fast lane” sebelum uji bakat.
Sekiranya video dipilih, pihak produksi akan menghubungi peserta untuk memberikan nombor ‘fast lane’
Untuk mereka yang berada di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis! Sekiranya ingin mencuba nasib, peserta boleh hadir ke Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah untuk menyertai on ground karaoke Ujibakat Kilauan Emas pada 5 Julai 2024 ini sebelum Sepahtu Reunion Tour berlangsung.
Peserta juga berpeluang untuk mendapatkan nombor “Fast lane” sebelum uji bakat.
Kilauan Emas merupakan sebuah rancangan program realiti televisyen pencarian bakat nyanyian di Malaysia yang telah disiarkan sebanyak enam musim di Astro Prima.
Tidak seperti program realiti nyanyian yang lain, program ini mencari dan mengetengahkan bakat nyanyian bagi mereka yang berumur 45 tahun ke atas.
Selama enam musim mengekalkan tagline ‘Otai Masih Berbisa’, tahun ini masih menepati format dan tujuan rancangan dengan tagline baharu “ Otai Kembali Berbisa”.
Setiap minggu peserta akan diadili tiga Juri Tetap yang akan memberikan markah sebanyak 70%, manakala 20% daripada Juri Awam, dan 10% hasil dari undian penonton di rumah.
Juara Kilauan Emas 2024 kali ini bakal memenangi wang tunai berjumlah RM50,000.
Rancangan Kilauan Emas sememangnya telah mengangkat Juara-Juara yang datang dari latar belakang yang menarik dan berlainan sejak tahun 2011, antaranya Ali Norpiah (Juara Musim 1), Fuad (Juara Musim 2), Meor Yazid (Juara Musim 3), Arip (Juara Musim 4), Wak Mustar (Juara Musim 5), dan yang terakhir Kilauan Emas Otai di mana juara setiap musim berentap kembali yang dimenangi oleh Wak Mustar (Juara Musim 6).
Musim terbaharu Kilauan Emas 2024 akan mula bersiaran di saluran Astro Prima bermula 14 September 2024, setiap hari Sabtu jam 9 malam. -Gempak
Gempak
Thu Jul 04 2024
Uji bakat Kilauan Emas 2024 akan diadakan di SACC MALL Shah Alam selama dua hari pada 3 & 4 Ogos. -Gempak
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Lima bekas juara bakal bersaing di edisi Kilauan Emas Otai
Format dan konsep Kilauan Emas masih kekal seperti biasa dan akan menjanjikan pelbagai kejutan sehingga di pentas akhir.