Kurang dua minggu lagi, penyanyi Lelaki Ini, Anuar Zain bakal beraksi dalam sebuah konsert mega solo pertamanya.

Konsert "Anuar Zain: Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari" bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 Februari.

Pada awalnya konsert bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, namun bertukar lokasi ke Stadium Malawati untuk memberi laluan kepada majlis lain yang berlangsung keesokan harinya.

Tiket baru bagi lokasi terkini akan dibuka untuk pengambilan di pejabat urusan Ticket Charge mulai 6 Februari.

Malah peminat juga boleh mendapatkannya di Stadium Malawati pada hari konsert berlangsung.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook Anuar Zain selain laman sesawang Ticket Charge.

Saksikan klip video wawancara Gala TV bersama penyanyi itu di Astro AWANI.