HIBURAN
Konsert Exists Premium Live Oktober depan bakal beri kemewahan peribadi buat peminat

Kumpulan Exists akan mengadakan Exists Premium Live @ PJ pada 4 Oktober 2025 di JioSpace, Petaling Jaya, dengan konsep persembahan muzik yang lebih eksklusif dan berbeza daripada sebelum ini. -Foto Gempak
KUMPULAN Exists mengumumkan bakal mengadakan konsert terbaharu iaitu Exists Premiun Live @ PJ pada Oktober depan.
Ringkasan AI
- Kumpulan Exists akan mengadakan Exists Premium Live @ PJ pada 4 Oktober 2025 di JioSpace, Petaling Jaya, dengan konsep persembahan muzik yang lebih eksklusif dan berbeza daripada sebelum ini.
- Konsert ini menjanjikan pengalaman premium kepada peminat, termasuk peluang bergambar bersama anggota Exists untuk 100 pembeli tiket terpilih serta barangan eksklusif.
- Tiket dijual dalam tiga kategori: Premium (RM588), VIP (RM488), dan Diamond (RM368), dan boleh dibeli melalui laman web www.jiotix.asia atau talian khas untuk peminat OKU.
Berbeza dari persembahan sebelumnya
Exists yang dianggotai oleh Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad menyifatkan konsert yang dijangka bermula jam 8.30 malam itu sebagai sebuah kembara muzik yang berbeza berbanding konsert atau persembahan sebelumnya.
"Muzik kami akan menyentuh dan menjalar dalam tubuh peminat dengan rasa yang sangat premium.
“Hanya mereka yang hadir dapat mendefinisikan makna premium atau mewah yang dihidangkan oleh Exists menerusi Exists Premium Live kelak,” ujarnya.
Menariknya lagi, 100 peminat bertuah yang membeli tiket akan memiliki peluang bergambar secara peribadi bersama setiap anggota Exists.
Selain itu, peminat yang hadir bukan hanya menikmati muzik tetapi bakal memiliki barangan eksklusif Exists.
Exists Premium Live akan berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Oktober 2025.
Tiket dijual dengan harga mengikut kategori, Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368).
Tiket boleh didapati menerusi www.jiotix.asia atau talian hotline +6011 1660 1122 (khusus untuk peminat dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) sahaja). -Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami