awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert Fabulous Friday: 'Saya kecewa tidak dapat berikan yang terbaik' - Awie

Fareez Azman
Fareez Azman
15/07/2022
15:00 MYT
Konsert Fabulous Friday: 'Saya kecewa tidak dapat berikan yang terbaik' - Awie
Wings mempersembahkan 15 buah lagu dari beberapa album di Fabulous Friday pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Legenda rock tanah air, Datuk Awie mengakui kecewa tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada malam kedua Konsert Fabulous Friday di Dewan Filharmonik PETRONAS pada Jumaat.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman menjelaskan, beliau sebenarnya tidak sihat sejak hari pertama konsert terbabit.
“Sebenarnya saya kurang sihat dan telah ke hospital semalam selepas membuat persembahan. Namun, ketika ini ramai yang sakit sehinggakan tidak cukup katil.
“Macam-macam bekalan ubat telah saya bawa ke atas pentas. Malah, tangan saya juga kejang ketika sedang membuat persembahan pada malam ini.
“Lagu kegemaran saya adalah Gema Di Indraloka namun saya gagal untuk memberikan yang terbaik. Saya kurang berpuas hati dengan persembahan saya pada malam ini,” jelasnya.
Bagaimanapun tegas Awie, tahap kesihatannya bukan penghalang untuk beliau dan Wings meneruskan hari kedua konsert demi peminat.
“Itu bukan alasan untuk tidak memberikan yang terbaik. Minta maaf andai kata saya ada kurang di mana-mana bahagian. Saya cuba sehabis baik untuk semua.
“Saya kecewa, kita (Wings) berlatih kuat-kuat... akhirnya tewas di atas pentas,” katanya lagi.
Sepanjang konsert, Awie dilihat memberikan persembahan yang memukau peminat setia kumpulan rock itu.
Wings mempersembahkan 15 buah lagu dari beberapa album di Fabulous Friday pada Jumaat.
Antaranya seperti Satelit Puaka, Kuburkan Aku, Lubuk Pusing, Mabuk 7 Lautan, Gemuruh Opera Hidup dan Gema Di Indraloka.
Topic Berkaitan
#Awie
#Ahmad Azhar Othman
#Konsert Fabulous Friday
#Wings
#Dewan Filharmonik Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan