Konsert penyanyi dari United Kingdom, Robbie Williams yang dijadualkan berlangsung pada 27 September 2015 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah dibatalkan menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan Galaxy Group Sdn Bhd pada Isnin.

Robbie pada mulanya dijangka membuat persembahan dalam siri jelajah konsert ‘Let Me Entertain You’ di bandar-bandar Asia Tenggara termasuk di Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Beijing, Hong Kong dan Shanghai.

Menurut kenyataan rasmi Galaxy Group, konsert jelajah terbabit dibatalkan atas isu-isu yang tidak dapat dielakkan serta di luar kawalan penghibur berusia 41 tahun itu.

Robbie Williams batal
Kenyataan rasmi pembatalan konsert 'Let Me Entertain You' dari buytickets.com.my

Walau bagaimanapun, konsert di Australia tidak terkesan dan akan berlangsung seperti biasa.

Para peminat yang sudah membeli tiket boleh menebus semula harga tiket. Proses penebusan bermula pada 16 Julai hingga 29 September.

Pihak Galaxy Group dan Midas Promotions mewakili Robbie memohon maaf atas segala kesulitan.