Dijadualkan berlangsung pada awal Jun konsert ‘Sang Pencinta’ Datuk M. Nasir dipinda ke tarikh baru.

Menyifatkan demam pilihanraya masih belum reda tarikh konsert dianjakkan pada penghujung bulan.

Konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya itu sepatutnya diadakan pada 7, 8 dan 9 Jun.

Bagaimanapun, tarikh baru dipinda ke 28, 29 dan 30 Jun kerana jualan tiket menerima kesan ekoran pilihan raya.

Bagi pihak produksi pindaan tarikh itu bukanlah sesuatu yang membawa kesukaran.

Datuk M. Nasir bakal diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Tiket-tiket dijual dengan harga serendah RM65.