Agak lama sebenarnya peminat muzik tanah air tidak mendengar khabar tentang kumpulan Spider yang pernah popular di era lewat 90an, suatu ketika dahulu.
Kumpulan yang pernah popular dengan lagu Aladin, Kekal, Kasih Latifah, Kau Saja dan Laukku Cukup Masin ini kali terakhir pernah mengadakan persembahan atau 'show case' di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), dua tahun lalu.
Namun, kali ini ada berita gembira buat peminat mereka yang mungkin sudah merindukan persembahan Spider apabila kumpulan bakal tampil dengan persembahan slot 'Sunday Night Live' yang akan berlangsung di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 8 Mac depan.
Selepas sekian lama tentunya kumpulan yang dianggap anak didik Datuk M. Nasir ini akan menjanjikan persembahan yang istimewa, maklumlah sudah lama mereka tidak berjumpa peminat sendiri.
Vokalis Tam ketika dihubungi Astro AWANI turut mengakui mereka berasa rindu untuk bertemu dengan peminat lama.
“Spider sebenarnya tetap ada lagi, cuma ketika ini masing-masing ada komitmen. Tetapi, Alhamdulillah kami masih lagi mengadakan persembahan walaupun tidaklah bersakala besar seperti dahulu.
"Sehingga kini, peminat Spider masih lagi mengikuti perkembangan kami sampai hari ini dan kami harap mereka semua akan hadir dalam persembahan kami di HRCKL pada Mac nanti,” katanya.
Menurut Tam, pada persembahan itu nanti beliau dan anggota lain sudah menyediakan lebih 20 lagu yang bakal dipersembahkan sepanjang dua jam pada malam tersebut.
“Agak istimewa sebenarnya untuk peminat kami pada malam itu kerana banyak lagu yang jarang dimainkan di radio sebelum ini akan turut kami persembahkan pada malam itu nanti.
"Ia adalah khas buat peminat kami dan kami akan berikan persembahan yang terbaik kepada mereka, itu janji kami," kata Tam lagi.
Memang tidak dinafikan Spider merupakan antara kumpulan musik berentak Ska yang mantap persembahannya sejak dari dulu lagi.
Malah, lagu mereka sangat berkualiti sehingga pernah merangkul anugerah album terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2012 selain memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Relaku Pujuk pada tahun yang sama.
Jadi kepada peminat tegar mereka, inilah masa terbaik untuk mengubat kerinduan sejak sekian lama untuk melihat persembahan mereka secara ‘live’ pada malam tersebut.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Feb 16 2020
Vokalis, Tam mengakui kumpulan itu berasa rindu untuk bertemu dengan peminat lama mereka.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Kumpulan Spider bakal gegarkan Hard Rock Cafe KL Mac ini
Kumpulan Spider bakal tampil dengan persembahan slot 'Sunday Night Live' yang akan berlangsung di Hard Rock Caf Kuala Lumpur pada 8 Mac depan.
Pembinaan Hard Rock Cafe, hotel di PD diteruskan - Anwar
Projek pembinaan Hard Rock Cafe dan Hard Rock Hotel akan diteruskan dan pembinaannya dijangka akan bermula dalam tahun ini, kata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ella bakal muncul dengan album baru, seru peminat basmi cetak rompak
Ella menyeru agar peminat di Malaysia bersama-sama membantu karya seni tempatan dengan membasmi aktivti cetak rompak.
Hard Rock Cafe akan dibuka di Putrajaya tahun ini -Aseh
Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.
Hard Rock Cafe dibuka di Melaka
Hard Rock International telah membuka Hard Rock Cafe ketiganya di Malaysia, di Melaka, selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.