Kurang gemar berkongsi hal-hal peribadi di media sosial, pengacara program Meletop ini punya cara tersendiri untuk menyampaikan mesej tertentu.
Walaupun berhijab, Neelofa tidak pernah mengabaikan soal imej dan personalitinya, bahkan dia sentiasa menjadi pilihan jenama-jenama antarabangsa untuk menggayakan rekaan mereka.
Boleh dikatakan jelitawan kelahiran Kelantan ini mendahului gaya-gaya sesetengah personaliti di Malaysia.
Kerana itu juga, Neelofa sering menjadi tumpuan 'serangan' segelintir netizen yang tidak faham atau cemburu dengannya.
"Talk less, laugh more (kurang bercakap, lebihkan ketawa)" mungkin boleh menjadi pesanan terbaik daripada Neelofa buat mereka di luar sana yang gemar mengeluarkan kata-kata yang tidak enak dan sepatutnya.
Prinsip yang keluar dari mulut Neelofa mungkin kedengaran mudah, namun, di sebaliknya, mesej yang terkandung sangat mendalam.
Tahniah Neelofa, semoga sentiasa menjadi lebih baik dan memberikan inspirasi kepada anak-anak muda supaya bekerja keras, dan berusaha untuk mencapai impian yang dicita-citakan.