KUALA LUMPUR: Lagu 'Hutang', 'Chikadun' dan '24434' yang dipopularkan kumpulan Floor 88 antara lagu rakyat yang bakal dipersembahkan di pentas berprestij Istana Budaya menerusi Konsert Lagu Rakyat selama dua malam bermula 25 Mac ini.
Siapa sangka, lagu-lagu popular oleh kumpulan penyanyi muda itu yang biasanya menceritakan perihal masyarakat dan senario semasa menerusi bait liriknya seperti kesan hutang, penyalahgunaan dadah dan tuntutan solat, juga dikategorikan sebagai lagu rakyat.
Wakil kumpulan itu, Eric Fuzi berkata tawaran menjayakan persembahan itu disifatkan seperti bulan jatuh ke riba memandangkan konsep lagu rakyat dekat di hati mereka sekali gus memartabatkan lagi genre lagu tersebut.
"Kami hanya memainkan lagu sendiri namun ramai yang melabelkan lagu kami dekat dengan lagu rakyat yang popular dan malar segar seperti Lenggang Kangkong.
"Lebih membanggakan, Istana Budaya juga mengakui perkara tersebut dan kami sifatkan ia sebagai penghormatan besar," katanya kepada Bernama.
Konsert yang bakal mempersembahkan lebih 50 lagu rakyat diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) itu turut dijayakan barisan penyanyi popular tanah air seperti Datuk Zainal Abidin, Bunga, Azizul Haqim, Hazra Dollah, Roslan Madun, Jatt Aziz dan kumpulan Mah Meri.
Sementara itu, konduktor OTM, Mohd Yazid Zakaria berkata, gubahan muzik dan iringan orkestra akan disuntik nafas baharu dalam memberi sentuhan lebih segar tanpa mengubah keaslian lagu.
"Kami juga berharap menerusi penganjuran seperti ini, lebih ramai penyanyi muda menghasilkan lagu rakyat pada masa akan datang," katanya.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Istana Budaya, Mohamad Azlan Abdul Majid berkata, konsert itu bertujuan mengangkat kegemilangan lagu tersebut dan terus menjadi halwa telinga terutama buat generasi akan datang.
"Lagu-lagu rakyat yang pernah menjadi siulan seperti Suriram dan Air Pasang Dalam yang sinonim dengan pelbagai generasi kini semakin pupus, malah ada yang tidak tahu atau mendengarnya," katanya.
Mohamad Azlan berkata, tujuan pihaknya mengetengahkan barisan penyanyi muda dalam konsert itu bagi menarik lebih ramai audiens selain memberi nafas baharu dalam muzik berkenaan.
"Secara tidak langsung, ia boleh menarik peminat mereka yang terdiri daripada generasi kini untuk kembali mendengar lagu rakyat ini," katanya sambil menambah tiket boleh ditempah di laman sesawang Istana Budaya dengan harga bermula RM88.
Dalam pada itu, Mohamad Azlan berkata, sebanyak lima program termasuk dua persembahan teater telah disusun bakal diterbitkan sepanjang tahun ini, selain menerima tujuh permohonan dari syarikat produksi yang dilihat sebagai perkembangan positif buat industri persembahan. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022
Lagu 'Hutang', 'Chikadun' dan '24434' yang dipopularkan kumpulan Floor 88 antara lagu rakyat yang bakal dipersembahkan di pentas berprestij Istana Budaya menerusi Konsert Lagu Rakyat selama dua malam bermula 25 Mac ini.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lagu rakyat ke pentas Istana Budaya
Konsert Lagu Rakyat akan dipentaskan selama dua malam bermula 25 Mac ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.