awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lamar sebelum nikah, anggota K-Clique, Fareed Saddi nikahi kakak MK!

Gempak
Gempak
10/10/2022
10:07 MYT
Lamar sebelum nikah, anggota K-Clique, Fareed Saddi nikahi kakak MK!
Fareed yang juga adik kepada penyanyi Sabhi Saddi dinikahkan sendiri oleh MK. - Gempak
DENGAN sekali lafaz, anggota kumpulan K-Clique, Fareed Saddi telah selamat melangsungkan pernikahan bersama kakak kepada MK, Siti Hawa Hamdan pada Isnin.
Fareed yang juga adik kepada penyanyi Sabhi Saddi dinikahkan sendiri oleh MK atau nama sebenarnya Hairi Amin Hamdan mewakili bapanya, Hamdan Abdul Razak dalam majlis yang berlangsung di Sabah.
Menariknya, sebelum akad nikah berlangsung, Fareed tampil ke pelamin untuk melamar Siti Hawa yang juga mesra disapa Wawa.
"Adakah sudi kamu mengahwini saya dan sedia untuk saya bimbing kamu ke jannah," soal Fareed.
Siti Hawa yang ditemani ibu MK membalas ringkas; "Insya-Allah."
Dalam majlis pernikahan yang dihadiri tetamu berpakaian serba putih itu, Siti Hawa menerima mas kahwin sebentuk gelang emas dari Fareed.
Sementara itu, dalam ucapan ringkas MK selepas selesai majlis akad nikah, penyanyi itu berterima kasih kepada tetamu yang hadir serta mendoakan kebahagiaan adik ipar yang juga kawan rapatnya.
"Terima kasih kepada semua yang hadir, semoga kita semua pun menuju ke syurga yang indah. Insya-Allah," kata MK. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Fareed Saddi
#berkahwin
#kakak MK
#majlis akad nikah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan