awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laratkah lagi Harrison Ford? Indiana Jones 5 mula penggambaran April 2019

Agensi
Agensi
20/03/2018
01:45 MYT
Laratkah lagi Harrison Ford? Indiana Jones 5 mula penggambaran April 2019
Harrison Ford telah memegang watak sebagai Indiana Jones sejak 1981. Foto IMDB
SEBUT sahaja Indiana Jones, terbayang wajah 'macho' pelakon Harrison Ford. Meskipun sudah berusia 75 tahun, Ford tetap bertenaga untuk kembali hidupkan watak ikonik itu.
Steven Spielberg mengesahkan francais kelima filem kembara aksi terbitan Lucasfilm itu akan memulakan penggambaran di United Kingdom (UK) April tahun depan.
Perkara itu dimaklumkan pengarah filem itu ketika menghadiri majlis Anugerah Empire pada Ahad.
“Setiap seorang yang telah membantu saya membuat filem di sini (UK) akan terus bersama saya ketika saya kembali pada April 2019 nanti untuk pembikinan filem kelima Indiana Jones di sini,” umum pengarah berusia 71 tahun itu.
Empat filem terdahulu telah menjana kutipan hampir AS$2 bilion di pasaran global.
Apa yang menarik, filem kelima ini bukan yang terakhir dalam siri pengembaraan Jones, meskipun pelakon utamanya semakin dimamah usia.
Mungkin Spielberg ada perancangan tersendiri untuk mencari pengganti Ford sama ada menjadikan anak Jones sebagai wira baharu atau juga mungkin membuat filem prekuel kisah Jones sewaktu muda.
Topic Berkaitan
#Harisson Ford
#indiana jones
#Lucasfilm
#Steven Spielberg
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan