LIMA bekas juara bakal bersaing di program Kilauan Emas Otai yang akan bersiaran bermula 9 Mac depan.
Menurut pengurus saluran Astro Prima, Farah Zainul, format dan konsep Kilauan Emas masih kekal seperti biasa dan akan menjanjikan pelbagai kejutan sehingga di pentas akhir.
“Untuk edisi kali ini kami membawakan kembali lima bekas juara yang bakal beraksi di pentas Kilauan Emas Otai secara automatik sehingga pentas akhir dan 10 peserta Hotseats yang pernah menyertai program Kilauan Emas sebelum ini.
“Kami masih mengekalkan konsep seperti sebelum ini dan pastinya akan menjanjikan pelbagai kejutan menarik khas buat peminat Kilauan Emas sepanjang minggu,” katanya pada sidang media Kilauan Emas Otai di The Gardens Theatre, Kuala Lumpur.
Farah berkata, 10 peserta Hotseats bakal dipilih sewaktu konsert minggu pertama Kilauan Emas Otai yang diadili oleh tiga barisan pihak juri profesional.
“Barisan juri tetap edisi istimewa ini ialah Datuk Haji Ramli MS, Erra Fazira dan seorang lagi akan diumumkan pada malam konsert minggu pertama nanti," katanya.
10 peserta Hotseats yang bakal merebut tempat ke peringkat seterusnya pada 9 Mac nanti ialah Elji Johor, 44), Nas (Pahang, 45), Silah (Johor, 55), Rina (Sabah, 65), Idris (Perak, 54), Aziana (Kuala Lumpur,48), Raida (Johor, 43), Ben (Sabah, 65), Taurath (Sarawak, 51) dan Shamsiah (Johor, 54).
Tiga tenaga pengajar turut diperkenalkan iaitu Siti Hajar sebagai guru vokal dan Ayai Ilusi sekalu guru seni persembahan, manakala Shah Slam pula dilantik sebagai pengarah muzik.
Lebih istimewa, buat pertama kali Kilauan Emas Otai menampilkan pelakon, Zara Zya sebagai pengacara untuk Nota Kilauan Emas Otai sementara Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau Kak Engku kekal sebagai pengacara.
Juara Kilauan Emas Otai bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM50,000 berserta trofi, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing bakal menerima wang tunai RM30,000 dan RM10,000 beserta trofi.
Konsert pertama Kilauan Emas Otai bakal berlangsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada 9 Mac depan bermula jam 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Gempak
Wed Mar 02 2016

Barisan juri, pengacara dan peserta Kilauan Emas Otai yang bakal menemui peminat bermula 9 Mac depan. - Foto Astro Gempak
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Lima bekas juara bakal bersaing di edisi Kilauan Emas Otai
Format dan konsep Kilauan Emas masih kekal seperti biasa dan akan menjanjikan pelbagai kejutan sehingga di pentas akhir.