'Macam artis illuminate... - Muat naik foto tutup sebelah mata, netizen back up Heliza Helmi

Gempak
November 25, 2019 02:00 MYT
Heliza dan Hazwani menutup sebelah mata mereka dengan kapas putih sebagai tanda protes kepada askar Yahudi yang menembak sebelah mata seorang wartawan Muslim. - Astro GEMPAK
DUA keping foto yang telah dikongsi oleh penyanyi dan aktivis kemanusiaan Heliza Helmi mendapat perhatian netizen.
Dalam entri tersebut, Heliza bersama adik perempuannya, Hazwani Helmi telah menutup sebelah bahagian mata mereka dengan kapas putih.
Perkongsian foto itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Walaubagaimanapun, foto tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengikut yang tidak faham dengan tindakan Heliza.
"Astagfirullah. Macam artis illuminate jer laa. Cuba tengok ig @hadi_fayyadh. Tak boleh Kakja buat macam tu," tulis netizen itu.
Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Heliza membalas komen tersebut.
"Tengok #muatheye," jawab Heliza ringkas.
Rata-rata pengikut turut sama bersetuju dengan Heliza serta beranggapan komen tersebut ditulis oleh orang yang tidak mengambil berat dengan isu semasa.
BACA: Solidariti global buat jurugambar Palestin kehilangan mata ditembak Yahudi
Tindakan Heliza menutup sebelah matanya adalah sebagai tanda protes kepada askar Yahudi yang menembak sebelah mata salah seorang wartawan Islam.
Namun, komen tersebut telah dipadam oleh Heliza selepas beberapa jam.
Heliza merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang terlibat secara aktif membantu mangsa perang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.
#aktivis #artis illuminate #Hazwani Helmi #Heliza Helmi #Instagram #Islam #isu semasa #Jurugambar #kemanusiaan #Malaysia #mangsa #mangsa perang #MuathEye #Palestin #protes #solidariti #Syria #tembak #tutup sebelah mata #wartawan #Yahudi