awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macam nak muntah berlakon babak romantik dengan Fikry Ibrahim - Siti Nordiana

Gempak
Gempak
22/08/2017
08:00 MYT
Macam nak muntah berlakon babak romantik dengan Fikry Ibrahim - Siti Nordiana
Penyanyi Siti Nordiana akui kekok menjadi pasangan kekasih Fikry Ibrahim dalam telemovie terbaharu Cakelat Semanis Honey.
PENYANYI Siti Nordiana akui kekok menjadi pasangan kekasih Fikry Ibrahim dalam telemovie terbaharu Cakelat Semanis Honey.
Menurut Nana, rasa kekok itu tetap ada walaupun meskipun pernah digandingkan bersama sebagai pengacara dalam program Gema Gegar Vaganza.
"Pada awalnya memang saya berasa kekok untuk berlakon sebagai pasangan kekasih bersama dengan Fikry kerana perbezaan usia di antara kami.
"Saya dan Fikry dah macam kakak dan adik, tapi apabila berada di set penggambaran, kami terpaksa menggunakan gelaran awak dan saya.
"Kadang-kadang saya rasa macam nak muntah pun ada apabila perlu melakonkan babak yang romantik bersama Fikry memandangkan watak kami sebagai pasangan kekasih.
"Namun lama-lama perkara itu dah jadi biasa dan kami juga sudah mendapat keserasian untuk membawa yang diberikan dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Gempak di The Bee, Publika, pada Khamis.
Pada majlis itu, platform digital hiburan nombor satu Malaysia, Gempak telah memperkenalkan wajah baharu dan melancarkan aplikasi Gempak yang boleh dimuat turun secara percuma.
Menerusi aplikasi Gempak, pelbagai kandungan eksklusif, video menarik, berita hiburan dan informasi terkini, tips dan tutorial, gaya hidup dan siri televisyen tempatan dan luar negara boleh diakses dengan lebih pantas.
Aplikasi Gempak boleh dimuat turun di Google Play Store (Android) dan Apple App Store (iPhone) secara percuma!
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#Cakelat Semanis Honey
#Fikry Ibrahim
#Gema Gegar Vaganza
#Siti Nordiana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan