awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mahaguru Wing Chun' datang Malaysia untuk promosi filem 'Ip Man 4: The Finale'

Gempak
Gempak
10/12/2019
14:00 MYT
'Mahaguru Wing Chun' datang Malaysia untuk promosi filem 'Ip Man 4: The Finale'
Turut bersama Donnie dalam siri jelajah selama dua hari itu ialah Danny Chan Kwok-Kwan dan penerbit serta penulis skrip filem berkenaan.
PELAKON popular Hong Kong, Donnie Yen bakal berada di Malaysia pada 11 dan 12 Disember ini untuk mempromosikan filem Ip Man 4: The Finale yang akan ditayangkan pada 20 Disember.
Turut bersama Donnie dalam siri jelajah selama dua hari itu ialah, Danny Chan Kwok-Kwan yang membawakan watak sebagai Bruce Lee, penerbit Raymond Wong dan penulis skrip Edmond Wong.
Dibawakan oleh Lotus Five bersama RAM Entertainment selaku rakan pemasaran, telah merancang tiga sesi meet & greet untuk peminat Ip Man berjumpa secara dekat dengan pelakon yang telah membawakan watak legenda Mahaguru Wing Chun selama 10 tahun itu.
Raymond Wong, Donnie Yen, Danny Chan Kwok-Kwan dan Edmond Wong akan membuat kemunculan di Centre Court, Suria KLCC, Kuala Lumpur untuk sesi pertama meet & greet pada 11 Disember, bemula jam 8 malam.
Sementara itu, esok bakal berlangsung sesi sidang media bersama Donnie dan barisan pelakon serta pengarah Ip Man 4: Finale yang akan berkongsi tentang pengalaman dan cabaran sepanjang penggambaran.
Selain itu, pengurusan Lotus Five Star iaitu Dato R. Doraisingam Pillai, Garuna Murthee dan Karthiik Doraisingam akan turut berada di berada GSC Nu Sentral untuk merasmikan filem tersebut.
Untuk rekod, Ip Man 3 telah mencatat kutipan pecah panggung kategori filem Cina iaitu sebanyak RM12 juta dalam tempoh empat hari ketika ditayangkan di Malaysia pada tahun 2016.
Malah, ia menjadi filem Hong Kong pertama di Malaysia yang berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM30 juta sekaligus meletakkannya sebagai filem Cina paling tinggi dalam sejarah kutipan di Malaysia
Topic Berkaitan
#Donnie Yen
#filem
#filem aksi
#ip man
#Ip Man 4 The Finale
#Mahaguru Wing Chun
#pelakon hong kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan