awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maher Zain puji Wan Azizah, Anwar Ibrahim

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/03/2019
02:07 MYT
Maher Zain puji Wan Azizah, Anwar Ibrahim
Maher Zain meluangkan masa bersama Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim di kediaman mereka di ibu negara. - Facebook Maher Zain
Penyanyi antarabangsa, Maher Zain, berbesar hati apabila berpeluang bertemu dan meluangkan masa dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan itu dilaporkan berlangsung pada Sabtu di kediaman Dr Wan Azizah di ibu negara.
Maher yang kini berada di Malaysia untuk konsert jelajah di seluruh negara, memuat naik penghargaan di atas kesempatan yang diberikan itu ke akaun laman sosial miliknya.
"Saya berbesar hati untuk meluangkan sedikit masa hari ini dengan Dr Wan Azizah," tulis Maher.
TONTON: Maher Zain kembali bertemu peminat dalam konsert siri jelajah sulung
Penyanyi lagu 'Insya Allah' itu juga turut memuji personaliti Anwar yang disifatkan mampu memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ummah.
"Beliau adalah seorang individu yang mampu memberi sumbangan kepada umat Islam dan saya harap beliau berjaya.
"Malaysia bernasib baik kerana mempunyai pemimpin dinamik seperti beliau," tulis Maher lagi.
BACA: Maher Zain bakal lancar dua single dalam masa terdekat
Maher Zain, artis Sweden keturunan Lubnan, ketika ini sedang mengadakan siri konsert jelajah 'Maher Zain Malaysia Tour 2019' yang bermula pada Sabtu.
Bermula di Axiata Arena, Kuala Lumpur, konsert itu akan turut diadakan di Pasir Gudang, Johor (15 Mac), Spice Pulau Pinang (16 Mac) dan Universiti Malaysia Sabah (17 Mac).
Topic Berkaitan
#Allah
#Anwar Ibrahim
#Islam
#konsert
#Maher Zain
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan