awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malam anugerah Grammy milik siapa?

AFP RELAXNEWS
AFP RELAXNEWS
10/02/2013
13:38 MYT
Malam anugerah Grammy milik siapa?
Pengiat muzik akan berkumpul di Los Angeles pada hari Ahad untuk majlis penganugerahan Grammy dan kumpulan indie ‘fun.’ dijangka menang besar.
Elton John, Taylor Swift dan Mumford & Sons adalah antara barisan penyanyi yang akan membuat persembahan di Staples Center – dengan arahan mereka tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
Antara yang tercalon adalah Frank Ocean, The Black Keys, Jack White, Kelly Clarkson dan Gotye. Pemain sitar dari India mendiang Ravi Shanker akan di anugerahkan anugerah sepanjang hayat Grammy. Kumpulan ‘fun.’ dari New York mendahului senarai pencalonan dalam 6 kategori: album terbaik (“Some Nights”), lagu (“We are Young”), rakaman (untuk penerbit “We are Young”) dan artis baru terbaik.
Menurut The New York Times, mereka akan menjadi artis pertama dalam tempoh 30 tahun untuk memenangi empat kategori utama Grammy.
Artis rap Frank Ocean menerima enam pencalonan untuk album terbaik (“Channel Orange”), rakaman (“Thinkin Bout You”), artis baru terbaik dan album kontemporari urban terbaik.
Anugerah Grammy adalah anugerah industri muzik terunggul di Amerika Syarikat dengan lebih dari 81 kategori. Pemenang-pemenang diundi oleh ahli National Academy of Recording Arts and Sciences.
Turut tercalon dalam kategori album terbaik adalah The Black Keys untuk "El Camino," Mumford & Sons untuk "Babel" dan Jack White untuk "Blunderbuss."
The Black Keys ("Lonely Boy"), Kelly Clarkson ("Stronger - What Doesn't Kill You"), Gotye ("Somebody That I Used to Know") dan Taylor Swift ("We Are Never Ever Getting Back Together") tercalon untuk anugerah rakaman terbaik.
Tahun lepas, penyanyi Ingerris Adele membawa pulang enam trofi Grammy untuk album “21”. Beliau merupakan penyanyi wanita kedua untuk membawa pulang jumlah trofi sebegitu.
Topic Berkaitan
#Anugerah Grammy
#Grammys
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan