awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malam MLM 2019, Abam peluk saya lama-lama, dia kata' - Ali Puteh

Gempak
Gempak
11/02/2020
02:00 MYT
'Malam MLM 2019, Abam peluk saya lama-lama, dia kata' - Ali Puteh
Ali berkata, pemergian Abam atau Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, memberi kesan mendalam terhadap dirinya.
PELAWAK Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, tidak dapat menahan sebak ketika mengimbas kembali kenangan bersama arwah abangnya, Abam.
Ali berkata, pemergian Abam atau Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, memberi kesan mendalam terhadap dirinya.
“Tahun 2010 keluarga kami masih makan nasi dengan garam. Kehidupan kami susah selepas bapa kami meninggal pada 2009.
“Saya ada cakap pada dia, nanti kita kerja cari rezeki untuk keluarga kita. Tapi Abam memang seorang yang hebat.
“Dialah yang ubah kehidupan kami sedikit demi sedikit dengan kejayaan dan pencapaian yang dia dapat.
“Dia ada pesan, kita jangan memilih dan berkira dengan kerja asalkan kita dapat bantu emak dan keluarga,” katanya.
Bagaimanapun kata Ali, kenangan pada malam final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang lalu akan tersemat di hati buat selamanya.
“Selepas kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara, Abam orang pertama yang datang dan peluk saya lama-lama, kuat-kuat.
“Kau adik aku yang hebat…Kau handal sebab dapat kalahkan abang kau!
“Lepas tu saya cakap pada dia aku menang untuk kita bang, bukan untuk orang lain. Tapi saya tak sangka itulah kali terakhir saya dan dia di pentas bersama,” katanya sebak.
Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28 dan anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 8 bulan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin, sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang bagi proses bedah siasat.
Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid Zakaria, Gombak kira-kira jam 5.30 petang dan disolatkan lebih 720 jemaah.
Sementara Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusi dibanjiri 2,000 orang ketika jenazah dikebumikan kira-kira pukul 7.30 malam Isnin.
Topic Berkaitan
#Abam
#Ali Puteh
#Bam meninggal dunia
#Maharaja Lawak Mega
#MLM 2019
#Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan