PASANGAN merpati dua sejoli, Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar sekali lagi selamat bersanding dalam sebuah majlis yang diadakan di Melaka pada Sabtu lalu.

Majlis yang berlangsung di Wedding Village by Audra Rahman itu difahamkan diadakan demi memenuhi permintaan nenek Faris.

"Yesterday (Saturday), was my last reception at Melaka. So nice to have weddings dekat kampung kan, rasa macam complete bila ada paluan kompang, pulut kuning & joget lambak. Meriah," tulis Elfira.

Good Morning! Alhamdulillah kami menjadi duta pulut kuning bertingkek-tingkek . heheh kidding. Yesterday, was my last reception at Melaka. So nice to have weddings dekat kampung kan , rasa macam complete bila ada paluan kompang , pulut kuning & joget lambak. Meriah. photog : @amirnaufalna

A post shared by ٢٤ |


Dalam resepsi serba meriah itu, pasangan mempelai mengenaka sepersalinan tradisional berwarna biru muda.

Ini merupakan majlis kelima Elfira selepas malam berinai, nikah di Cyberview Resort & Spa (1 Januari), resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (6 Januari) dan resepsi di Hotel Sheraton Petaling Jaya (12 Januari).

Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.

Jom lihat gambar-gambar menarik sempena majlis resepsi Elfira dan Faris di Melaka.