JOHOR BAHRU: Pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada Universiti Multimedia (MMU).
Anugerah julung kali diperkenalkan MMU itu diberikan kepada Abdul Rasip bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangannya dalam bidang seni sinematik dan industri kreatif tanah air.
Abdul Rasip, 90, atau lebih mesra dipanggil "Pak Mat" berkata beliau merasa sangat terharu atas penghargaan yang diberikan kepadanya itu.
"Pak Mat rasa sangat gembira sebab ada juga orang yang masih lagi ingat pada Pak Mat.
"Zaman dahulu buat filem karya seni sinematik, semua buat sendiri (berbanding kecanggihan teknologi masa ini). Saya suka mencuba, jadi idea pun datang semula jadi," katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Penerima Anugerah Kehormat Permata Dunia 2023 di sini semalam.
Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa filem seperti Mat Bond, Mat Magic, Mat Karong Guni, Mat Toyol dan Mat Tiga Suku itu, turut memberikan nasihat kepada generasi muda agar sentiasa berani untuk menyahut cabaran dalam memajukan diri.
"Kepada anak-anak muda, kalau hendak buat apa-apa, buat sahaja, asalkan ia bukan perkara yang salah atau negatif," katanya.
Keadaan kesihatan figura yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo itu setakat ini adalah baik, namun pergerakannya agak terbatas disebabkan faktor usia.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMU Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud berkata idea dan bakat serta kerja kreatif Abdul Rasip, telah mempengaruhi serta memberi impak signifikan kepada pertumbuhan seni dan kreativiti dalam masyarakat.
"Kegigihannya dalam menghasilkan teknik-teknik kesan khas produksi filem secara kreatif, berani dan berfikir di luar kotak kebiasaan mendahului zamannya, meskipun teknologi ketika itu amat terbatas.
"Walaupun anugerah ini hanyalah kecil jika dibandingkan dengan sumbangan besar beliau dalam dunia kreatif, MMU berharap ia akan menjadi inspirasi kepada masyarakat dan beliau akan terus menjadi ikon untuk diteladani oleh pengamal industri kreatif pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Mat Sentol menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada Universiti Multimedia semalam. --fotoBERNAMA
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
57 maut, 22 masih hilang akibat banjir lava sejuk di Sumatra Barat
Pegawai kanan agensi bencana tempatan pada petang Selasa memaklumkan, banjir pada malam Sabtu itu memusnahkan bangunan, jalan raya dan kemudahan lain di Kabupaten Tanah Datar, Agam dan Pariaman, serta bandar Padang Panjang.
Rogol kanak-kanak, jurukimpal dipenjara enam tahun, satu sebatan
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.
Mengimbangi aspirasi belia berkemahiran tinggi dan rendah
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Rabu membincangkan berkenaan topik kadar pengangguran yang menurun, namun kadar guna tenaga penuh masih lagi rendah.
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti secara langsung sidang media mingguan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi bantuan yang diperlukan oleh atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias berikuan kecederaan parah akibat dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu.
ASP antara lima polis didakwa rompak wanita warga China RM140,000
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China.
Pengurup wang didakwa bunuh lelaki
Seorang pengurup wang didakwa datas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar.
Kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Kerajaan tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas, tetapi semua parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi itu atas dasar perjuangan untuk menegakkan Palestin.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada MMU
Anugerah julung kali itu diberikan kepada Abdul Rasip bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangannya.
Zaleha Hamid, Mat Sentol antara penggiat seni terima bantuan PRE Ihsan Johor 3.0
Bantuan RM500 secara sekali beri bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan penggiat seni di negeri ini yang turut terkesan akibat COVID-19.
Mat Sentol masih sihat, masih keletah berlawak jenaka
Mat Sentol membuktikan dia masih sihat sekali gus menafikan dia terlantar sakit seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.