KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China, membabitkan wang tunai RM140,000 di sebuah apartment, bulan lepas.
Kelima-lima mereka, ASP Mohd Faizol Ismail, 41, dan empat anggota berpangkat korperal iaitu Khairil Annuar Sulaiman, 39, Mohd Zaidi Jamaludin, 35, Mohd Adrafil Adlan Roslan, 28, dan Ahmad Rohafiz Abdul Rani, 39, didakwa melakukan rompak berkumpulan ke atas wang tunai berjumlah RM140,000 milik Zhang Chenxuan berusia 20-an di sebuah unit apartment di Jalan Tun Razak, Wangsa Maju di sini pada 5.30 petang, 6 April.
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh, berserta syarat tambahan pasport kesemua tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, sehingga kes selesai.
Peguam Gurmukh Singh Sandhu yang mewakili Khairil Annuar, Mohd Zaidi, Ahmad Rohafiz dan Mohd Faizol, memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga.
Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Mohd Adrafil Adlan, turut memohon jaminan rendah kerana anak guamnya, yang masih belum berkahwin perlu menjaga ibu bapanya.
"Kesemua tertuduh termasuk anak guam saya hadir sendiri ke mahkamah, ini menunjukkan sikap mereka yang bertanggungjawab. Anak guam saya dan tertuduh lain merupakan penjawat awam (polis) yang masih bertugas selain mereka tidak akan melarikan diri," kata peguam itu.
Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 20 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Gambar fail/Astro AWANI
Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi merosot dalam beberapa minit
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,617.43 daripada 1,617.86 pada Jumaat lepas.
KPDN tahan kontraktor beli diesel guna tong tanpa permit
Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan pada 9 malam tadi oleh sepasukan petugas yang melakukan pemantauan di stesen terlibat.
Syarikat luar perlu sedia bantu Malaysia bangunkan industri pertahanan - Mohamed Khaled
Sangat penting bagi Malaysia membina keupayaan dan kemampuan dalam industri pertahanan supaya tahap kebergantungan kepada negara luar bukan secara menyeluruh.
Rasuah: Bekas pengurus bank direman lima hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di Kota Bharu.
Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan
Kim Yo Jong beri amaran tindak balas baharu sekiranya Korea Selatan terus melakukan penghantaran risalah propaganda mengecam pemerintahan Kim Jong-un.
YBIM anjur misi hantar satu juta pek daging korban ke Palestin sempena Aidiladha ini
Menjelang Hari Raya Aidiladha, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) menganjurkan Korban Ihsan Palestin: Misi Hantar 1 Juta Pek Daging Korban ke Palestin.
Steven Sim ketuai delegasi ke Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva
Sim akan menyampaikan ucapan negara dalam sidang plenari yang menyentuh mengenai pembaharuan kontrak sosial.
Embarking entrepreneurial journey within fintech industry
Curlec, a locally-founded fintech company that is transforming the financial landscape with its innovative direct debit and recurring payment solutions. Curlec has since empowered businesses of all sizes to manage their finances more efficiently.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Jun 2024
Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Jumaat berikutan sentimen pelabur yang positif dan minat belian terhadap saham berkaitan komoditi, kata penganalisis. Niaga AWANI kongsikan prestasi pembukaan pasaran hari ini.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Jun 2024
Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar AS minggu ini, kembali kepada paras RM4.70 atau lebih rendah, selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan mencatatkan lebih kukuh daripada jangkaan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
ASP antara lima polis didakwa rompak wanita warga China RM140,000
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China.