MASIH unggul!
Itu yang berjaya dibuktikan kumpulan rock legenda Search selepas berjaya memukau penonton di Anugerah MeleTOP Era 2021/2022 pada Ahad lalu.
Persembahan penuh bertenaga itu menyaksikan Search menggegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan medley empat buah lagu berhantu Search iaitu "Isi Atau Kulit", "Pelesit Kota", "Nigina" dan "Pawana".
“Malam ini bagaikan persembahan prakonsert daripada Search. Lebih-lebih lagi jarak di antara persembahan malam ini dengan konsert Endemik hanyalah seminggu (mulai malam ini).
“Dengan itu, sudah semestinya kami perlu memastikan segalanya berjalan bagaikan dirancang terutamanya dari segi gubahan lagu dan aspek visual.
“Anugerah MeleTOP juga ditonton oleh jutaan penonton dan rakan-rakan industri yang hadir ke PICC, justeru menjadikan acara ini begitu penting buat kami.
“Search amat berterima kasih atas sokongan semua dan memberikan kami semangat yang lebih kuat untuk Konsert Endemik,” jelas Amy selaku vokalis Search yang tampak stylish dalam persalinan daripada Afiq M.
Dalam pada itu, Amy menjelaskan Konsert Endemik akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Jun 2022 di sebuah dewan konsert bertaraf antarabangsa yang baru sahaja dibina lengkap dengan fasiliti moden di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
“Konsert Endemik akan meletakkan tanda aras bagi konsert rock di fasa endemik.
"Namanya juga merujuk kepada situasi global masa kini dan apa yang dilalui oleh seluruh penduduk dunia.
“Search merupakan band yang pertama dipilih untuk membuat persembahan solo di Zepp KL.
"Kami akan mempersembahkan dua buah lagu baru iaitu Endemik I dan Endemik II termasuk lagu-lagu hit kami yang telah menjadi siulan peminat sejak Search melancarkan album pertamanya.
"Dari segi teknikal, kami telah menjemput pakar-pakar tempatan dan antarabangsa seperti Akira Yamauchi, jurutera bunyi yang dikenali ramai untuk memastikan kualiti Konsert Endemik di tahap yang tertinggi.
"Konsert ini juga bakal mendapat sentuhan Genervie (keyboard) dan Arthur Kam (dram), yang merupakan di antara sessionist terbaik di Malaysia.
"Pasangan adik beradik ini sememangnya menjadi buruan artis dari seluruh dunia atas kemahiran mereka di dalam bidang permainan dan arahan muzik.
"Selain itu, Jiman Casablancas dan Kit Woo akan menggalas tanggungjawab sebagai penata gaya.
"Faktor-faktor ini menjadikan Konsert Endemik acara yang wajib untuk dihadiri oleh semua peminat-peminat die-hard kami”, tambah Amy.
Tiket Konsert Endemik semakin habis dijual. Dapatkan sekarang sebelum ketinggalan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari lolasia.bigtix.io
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat Jun 04 2022
AMY: Search amat berterima kasih di atas sokongan semua dan memberikan kami semangat yang lebih kuat untuk Konsert Endemik. -Gempak
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat
Persembahan penuh bertenaga itu menyaksikan Search menggegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan medley empat buah lagu.
Yazit Search terharu rakan 'rockers' XPDC bantu ringankan beban sakitnya
Yazit Search yang turut hadir ke sidang media tersebut dilihat masih lagi uzur dan bertongkat terharu dengan usaha yang dimainkan oleh anggota XPDC.
Terima kasih Astro AWANI, terima kasih MOTAC - Yazid Search
Penderitaan pemain drum Search, Yazid Ahmad atau lebih dikenali Yazid Search yang mengidap komplikasi buah pinggang mendapat pembelaan
Era muzik rock kapak yang dirindui
Muzik rock kini mungkin sedikit terpinggir namun masih ada sebenarnya yang kekal dalam arena perjuangan ini.
Otai berkumpul dalam All Stars, sasar penyertaan 50 'rockers'
Asas penubuhan kumpulan ini adalah untuk menjadikan All Stars sebagai satu platform kepada mana-mana artis lama dalam industri muzik yang mungkin berdepan pelbagai masalah untuk kembali menyinar.
Major quake cuts communications, halts oil and gas operations in Papua New Guinea
At least one company began evacuating non-essential personnel after a powerful 7.5 magnitude earthquake hit Papua New Guinea's energy-rich interior on Monday.
'Search: Phenomena of Rock n Roll' papar 36 tahun perjalanan Search
Lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia muzik tanah air, Search berkongsi cerita suka-duka perjalanan seni mereka dalam buku biografi.
Search pilih album Fenomena untuk diabadikan dalam piring hitam
Kumpulan rock legenda, Search, memilih album Fenomena untuk diabadikan dalam bentuk piring hitam kerana ia mempunyai nilai sentimental tersendiri.
Search gabungkan rock dan cello dalam konsert di Istana Budaya
Panggung berprestij itu bakal digegarkan dengan konsert yang menghadiahkan lebih daripada sekadar tenaga rock & roll.