awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat tergempar putuskan Running Man tamat secara rasmi Februari 2017

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2016
13:25 MYT
Mesyuarat tergempar putuskan Running Man tamat secara rasmi Februari 2017
Sebelum ini, Running Man dilanda kontroversi selepas dua bintangnya, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dikatakan bakal ditendang keluar daripada rancangan tersebut. - Foto Facebook Running Man
SELEPAS tujuh tahun bersiaran, rancangan popular dari Korea Running Man akan melabuhkan tirainya pada Februari 2017.
Menurut laman web Koreaboo, pihak penerbitan membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan kakitangan produksi serta beberapa bintangnya hari ini.
Keputusan terbaru itu bakal mengundang kesedihan peminat rancangan hiburan tersebut seluruh dunia.
BACA: Penerbit Running Man mohon maaf terhadap Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo
BACA: Lee Kwang Soo hilang telefon bimbit di Malaysia, mohon peminat carikan
Sebelum ini, Running Man dilanda kontroversi selepas dua bintangnya, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo dikatakan bakal ditendang keluar daripada rancangan tersebut.
Keadaan itu memaksa penerbitnya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap penanyi dan pelakon tersebut serta peminat mereka.
Menurut kenyataan rasmi penyiar, SBS, dua bintang program berkenaan, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo akan kekal sehingga tamat produksi walaupun mesyuarat tergempar memutuskan untuk menamatkan program itu tahun depan.
Topic Berkaitan
#jong kook
#Lee Kwang Soo
#Running Man
#song ji hyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan