Pelakon Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, antara bintang filem terkemuka Asia, menerima anugerah 'Officier des Arts et des Lettres' daripada kerajaan Perancis hari ini.
Beliau adalah rakyat Malaysia pertama menerima anugerah itu yang disampaikan Duta Perancis ke Malaysia, Christophe Penot, di kedutaan negara itu di sini.
Menurut Penot, Yeoh dipilih Kementerian Kebudayaan Perancis untuk menerima anugerah itu yang diberikan kepada mereka yang menonjol dalam bidang masing-masing, sebagai menghargai sumbangannya kepada industri perfileman.
"Michelle pernah bekerja dengan beberapa pengarah dan pelakon Perancis selain mempromosikan antara jenama terbaik Perancis.
"Atas alasan itu, kerajaan Perancis menghargai kejayaannya sebagai pelakon," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian anugerah itu.
Turut hadir, pasangan Yeoh, Datuk Seri Jean Todt dan ibunya, Datin Janet Yeoh.
Pada 2012, Yeoh, 53, menerima anugerah tertinggi awam Perancis, Knight of the Legion of Honour daripada Duta Perancis ke Malaysia ketika itu, Alain du Boispean.
Yeoh, yang dikenali dengan watak gadis James Bond dalam filem 'Tomorrow Never Dies' pada 1997 serta aksi hebat kung fu dalam filem 'Crouching Tiger, Hidden Dragon', 'Memoirs of a Geisha' dan 'The Lady', turut mencipta nama di Hollywood.
Dilahirkan di Ipoh pada 1962, Yeoh belajar menari dan seni mempertahankan diri sebelum memenangi pertandingan ratu cantik pada 1983 dan kemudian memulakan karier dalam bidang lakonan.
Bernama
Fri Feb 12 2016
Penot menyematkan pingat 'Officier Des Arts Et Des Lettres' kepada Yeoh. Turut hadir pasangan beliau, Datuk Seri Jean Todt. - fotoBERNAMA
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
AWANI Borneo [29/04/2024] – Perkukuh sektor perhutanan | Calon ADUN Tanjung Batu | Piala Borneo bakal kembali
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
#AWANIBorneo 29 April 2024
Sarawak perkukuh kerjasama dengan Sweden, sektor perhutanan tumpuan utama
Calon ADUN Tanjung Batu, Bung Moktar kekal dengan pendirian, Andi reda tapi tunggu bubar dulu
Fazzrudin sambut baik usaha tubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo
#AWANInews
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Michelle Yeoh terima satu lagi anugerah Perancis
Tan Sri Michelle Yeoh, antara bintang filem terkemuka Asia, menerima anugerah 'Officier des Arts et des Lettres' daripada kerajaan Perancis hari ini.