PELAKON dan pengacara popular Mira Filzah terkejut apabila namanya menjadi antara calon hos yang disebut-sebut untuk menggantikan posisi Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP.
Jelas Mira, sehingga kini masih belum ada sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya dia bakal menjadi hos baru MeleTOP.
"Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kalau ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baharu, ia satu perkembangan yang baik, mungkin orang nampak kemampuan saya.
"Bukan senang untuk sesiapa sahaja hos baharu seperti saya untuk mengambil alih rancangan itu.
"Program itu sendiri pun sudah ada satu jenama dan 'chemistry' yang sangat kuat.
"Tetapi, kalau tiba-tiba nama saya berbangkit, maknanya orang nampak potensi saya. Cuma, buat masa sekarang belum ada apa-apa lagi," katanya kepada Gempak.
Sebelum Mira, penyanyi Siti Nordiana pernah menjadi calon hos baru MeleTOP seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk netizen sendiri.
Nana sebelum ini pernah mengendalikan siaran langsung rancangan hiburan Gema Gegar Vaganza selama dua musim bersama Fikry Ibrahim.
Manakala, Mira pula pernah diundang menjadi pengacara jemputan rancangan MeleTOP sebelum ini dan mendapat respon positif daripada penonton.
Pada 3 Disember lalu, hos tetap MeleTOP, Neelofa telah mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan itu selepas tujuh tahun bersama.
Gempak
Tue Dec 31 2019

Mira Filzah terkejut apabila namanya menjadi antara calon hos yang disebut-sebut untuk menggantikan posisi Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP.

Anti-minyak sawit | Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap EU
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memulakan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara anggotanya iaitu Perancis dan Lithuania. Ini berikutan kempen anti-minyak sawit yang dilancarkan blok itu.

Gempa Sulawesi | Angka korban meningkat 42 mangsa
Angka korban akibat gempa bumi di Sulawesi, Indonesia meningkat kepada 42 mangsa setakat awal pagi Sabtu. Manakala lebih 600 mangsa cedera dalam gempa berukuran 6.2 pada skala ritcher yang berlaku pada Jumaat.

COVID-19 | Keadaan Irfan Shamsuddin selepas pulih COVID-19
Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin hilang 50 peratus kekuatan selepas pulih jangkitan COVID-19. Juara Sukan SEA 4 kali itu bimbang individu normal akan merasai kesan lebih buruk dan cara terbaik mengelak jangkitan ialah kekal di dalam rumah.

Liga Perdana | Amer Saidin ke Sarawak United
Dari pasukan Liga Super ke Liga Perdana. Bekas pertahanan Johor Darul Takzim Amer Saidin tidak anggap reputasinya sebagai pemain ternama dalam kancah Liga Malaysia terjejas walaupun akan beraksi bersama Sarawak United musim ini.

AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran cuaca waspada | Minyak sawit: Malaysia fail saman terhadap EU

COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 390,000 kes.

Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Saringan COVID-19 yakinkan NGO bantu mangsa banjir - Ahli Parlimen Jerantut
Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan.

AWANI Ringkas: Banjir makin reda | PKP di Sibu bermula

COVID-19: Influencer antara golongan pertama terima vaksin di Indonesia
Sementara seluruh dunia bercadang mengutamakan petugas kesihatan dan golongan warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin menentang COVID-19, Indonesia mengambil pendekatan yang sedikit berbeza.

Mira Filzah calon hos baharu MeleTOP ganti Neelofa?
Sehingga kini masih belum ada sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya dia bakal menjadi hos baharu MeleTOP.

'Imam Ekspres' teringin berlakon dengan Shaheizy Sam
Semoga jadi kenyataan...

Farah Nabilah kongsi gambar bersama ibu, Fikry Ibrahim tanya 'bila boleh jumpa mak?'
Keserasian antara kedua pelakon ini digemari peminat, buktinya drama bersiri terbabit bakal disambung dan akan bersiaran dalam versi istimewa sempena sambutan Hari Raya nanti.

Fikry Ibrahim pernah jadi maskot sambilan
Pelakon dan bekas peserta pertandingan Lawak Solo 2016, Fikry Ibrahim mendedahkan dirinya pernah bekerja sebagai maskot sambilan sebelum bergelar seorang artis.

Ada apa dengan Pok Ya Cong Codei
Pok Ya Cong Codei memberikan makna sebenar gedebe yang selama ini dianggap samseng atau gangster.

"Kami Serasi" - Siti Nordiana pilih Khai Bahar
Keserasian paduan suara bersama telah membuatkan penyanyi Siti Nordiana memilih Khai Bahar untuk berduet dalam single terbaharunya.

Macam nak muntah berlakon babak romantik dengan Fikry Ibrahim - Siti Nordiana
Penyanyi Siti Nordiana akui kekok menjadi pasangan kekasih Fikry Ibrahim dalam telemovie terbaharu Cakelat Semanis Honey.

'Fikry suka tegur cara saya berpakaian' - Uqasha Senrose
Pelakon Uqasha Senrose akui pasangannya dalam drama 'Hero Seorang Cinderella', Fikry Ibrahim sering menegur gaya pemakaiannya.