awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand-Kemboja capai gencatan senjata, 18 tentera akan dibebaskan
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mommy tahu, Ismail kuat' - Anak Shahrol Shiro selamat jalani pembedahan buah pinggang

Pa and Ma
Pa and Ma
03/10/2021
01:23 MYT
'Mommy tahu, Ismail kuat' - Anak Shahrol Shiro selamat jalani pembedahan buah pinggang
Berkat doa orang ramai, anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di sebuah pusat perubatan swasta. -Foto Pa&Ma
BERKAT doa orang ramai, anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di sebuah pusat perubatan swasta.
Berita itu dimaklumkan isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi hantaran terbarunya di instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Anna mengucapkan rasa syukur kerana pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu berjalan lancar dan tiada apa-apa komplikasi serta tak perlu berada di wad ICU.
View this post on Instagram
A post shared by Anna Hana (@anna_danisha)
"Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
"Terima kasih Ya ALLAH kerana telah mendengar doa hamba-hamba mu. Alhamdulillah pembedahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke ward.
"Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat.
"Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian."
Di Instastory yang dikongsikan juga, Anna memaklumkan Ismail dah mula memberi senyuman dan makan.
"Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” tulisnya.
Sebelum ini, Anna pernah berkongsi yang Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang. Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat.
Ismail perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kritikal.
Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki. Selain Ismail, anak sulung mereka, Iskandar Rizqi kini berusia empat tahun.
Kredit: IG Anna Hanna
*Artikel asal di Pa&Ma

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#ICU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan