awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monsta lancar treler Papa Zola The Movie, raih perhatian luar biasa

Bernama
Bernama
04/05/2025
01:30 MYT
Monsta lancar treler Papa Zola The Movie, raih perhatian luar biasa
Papa Zola The Movie bakal menghiburkan dengan adegan penuh dengan gelak tawa, aksi dan emosi di pawagam mulai Disember ini. - Foto Monsta
KUALA LUMPUR: Penerbit filem animasi pecah panggung BoBoiBoy dan Mechamato, Monsta secara rasmi melancarkan treler bagi francais filem animasi keempat mereka, Papa Zola The Movie (2025).
Treler itu telah mencatat kejayaan luar biasa apabila meraih lebih dua juta tontonan di seluruh platform dalam talian dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas dilancarkan.
Monsta juga sedang giat menjalankan perbincangan bersama pihak pawagam dan pengedar filem di Indonesia susulan terdapat permintaan tinggi daripada peminat untuk Papa Zola The Movie ditayangkan di negara berkenaan yang merupakan pasaran amat berpotensi.
Pengarah Papa Zola The Movie Nizam Abd Razak berkata ini merupakan penampilan ketiga Papa Zola di layar perak selepas BoBoiBoy The Movie (2016) dan BoBoiBoy Movie 2 (2019) tetapi buat pertama kalinya ia menjadi teraju utama.
"Papa Zola telah menjadi watak yang dekat di hati masyarakat Malaysia dan Indonesia dari pelbagai latar belakang.
"Filem ini akan mengupas kisah asal usul Papa Zola dan menampilkan elemen aksi, drama kekeluargaan serta pencerobohan makhluk asing, satu hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga," katanya dalam kenyataan semalam.
Filem itu bakal menyertai gelombang kejayaan animasi Asia Tenggara yang semakin berkembang di bawah inisiatif #AnimaSEA, serta disokong kuat oleh semangat #sapotlokal dalam kalangan penonton tanah air.
Papa Zola The Movie bakal menghiburkan dengan adegan penuh dengan gelak tawa, aksi dan emosi di pawagam mulai Disember ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MONSTA
#Papa Zola The Movie
#animasi
#Nizam Abd Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami