Skip to main content

Politik

PRN Melaka: MCA dapat satu lagi kerusi di Kota Laksamana

MCA mengumumkan penambahan satu lagi kerusi untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menjadikan keseluruhan empat kerusi diperuntukkan kepada komponen Barisan Nasional (BN) itu.
MCA mengumumkan penambahan satu lagi kerusi untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menjadikan keseluruhan empat kerusi diperuntukkan kepada komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Advertisement

Ringkasan AI

  • MCA akan bertanding empat kerusi pada PRN Melaka ke-16, termasuk tambahan DUN Kota Laksamana yang diwakili Melvin Chua Kew Wei.
  • Penambahan kerusi ini menjadikan jumlah kerusi ditandingi Barisan Nasional meningkat kepada 23 berbanding 21 sebelum ini.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Oktober sebagai Hari Penamaan Calon bagi PRN Melaka.
Advertisement

MASJID TANAH: MCA mengumumkan penambahan satu lagi kerusi untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, menjadikan keseluruhan empat kerusi diperuntukkan kepada komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Kerusi tambahan berkenaan ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana yang akan ditandingi oleh Melvin Chua Kew Wei.

Perkara itu dimaklumkan MCA menerusi satu kenyataan di Facebook pada Khamis, yang turut menyenaraikan tiga lagi calon sedia ada parti berkenaan.

Advertisement

“Kepada pengundi di Melaka, inilah calon terbaik untuk mewakili anda di DUN Melaka nanti. Undilah calon BN,” tulis MCA pada Jumaat.

Pada Khamis, MCA turut mengumumkan pertambahan satu kerusi melibatkan DUN Bandar Hilir yang diwakili ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Jasmine Lok Huey Yee.

Advertisement

Perkembangan terbaharu itu menjadikan keseluruhan kerusi yang ditandingi BN meningkat kepada 23 berbanding 21 yang diumumkan sebelum ini.

Dalam pengumuman calon BN pada 24 Oktober lalu, MCA diperuntukkan dua kerusi bagi PRN Melaka yang dijadual pada 14 November depan.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) malam tadi mengumumkan lima calon mereka, dengan dua masing-masing diwakili oleh Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan), manakala satu lagi Gerakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  menetapkan 31 Oktober (esok) sebagai Hari Penamaan Calon. 

Must Watch Video

Advertisement