awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'A must watch,' power sungguh! - Mukhriz pun puji PASKAL The Movie

Gempak
Gempak
08/10/2018
03:59 MYT
'A must watch,' power sungguh! - Mukhriz pun puji PASKAL The Movie
Mukhriz sempat meluangkan masa untuk menonton filem PASKAL The Movie arahan Adrian Teh. - Foto Astro GEMPAK
Filem PASKAL The Movie arahan Adrian Teh terus mendapat perhatian ramai pihak. Terbaru, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempat meluangkan masa untuk menonton filem terbabit. Menerusi kemas kini laman Instagram Mukhriz, ahli politik itu memuji filem PASKAL The Movie dan menyifatkan filem terbabit menonjolkan kualiti lakonan yang baik. "Kami sangat teruja & terkesan bila menonton filem tempatan @paskal_themovie arahan @adrianteh19 yang menonjolkan kualiti lakonan yang baik, skrip yang menarik, pengfileman ala action thriller Hollywood. "Dan yang paling penting sekali mampu mencetuskan semangat patriotisme dikalangan rakyat dan rasa terima kasih terhadap para perajurit & pasukan keselamatan negara. Syabas," tulis Mukhriz. Mukhriz turut menyertakan beberapa hashtag iaitu #amustwatch #terbaek dan #rugitaktengok. Dalam pada itu, filem PASKAL The Movie telah meraih kutipan sebanyak RM10.2 juta dalam tujuh hari tayangan. Filem ini diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw. PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011. Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi. Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!
View this post on Instagram
Kami sangat teruja & terkesan bila menonton filem tempatan @paskal_themovie arahan @adrianteh19 yg menonjolkan kualiti lakonan yg baik, skrip yg menarik, pengfileman ala action thriller hollywood, dan yg paling penting sekali mampu mencetuskan semangat patriotisme dikalangan Rakyat dan rasa terima kasih terhadap para Perajurit & Pasukan Keselamatan Negara. Syabas! #amustwatch #terbaek ! #rugitaktengok #diasadokitaseadonyo
A post shared by Mukhriz Mahathir (@mukhrizmahathir) on
Oct 7, 2018 at 4:47pm PDT
Topic Berkaitan
#Mukhriz Mahathir
#Paskal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan