awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nabil Ahmad jalani kuarantin kendiri

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
06/10/2020
13:04 MYT
Nabil Ahmad jalani kuarantin kendiri
Nabil telah menjalani swab test pada pagi Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kini menjalani kuarantin kendiri dirumahnya.
Nabil mengambil keputusan untuk membuat swab test kerana pernah mempunyai sejarah kunjungan di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya yang dimaklumkan terkesan dari kes COVID 19.
Menurutnya, selepas menerima notis pusat beli-belah itu mempunyai kes, dia terus memanggil pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian.
"Kami dapat tahu semalam (Isnin) jadi kami terus buat keputusan untuk menghubungi pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian," katanya.
DAPATKAN DATA COVID-19 TERKINI DI SINI
"Bukan saya sahaja, ahli keluarga saya dan orang gaji saya juga menjalani ujian tersebut sebagai langkah berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Buat masa ini, pengacara yang popular dengan program realiti, Gegar Vaganza itu sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom.
Namun, pelawak berusia 37 tahun itu tetap mahu menjalankan ujian tersebut kerana tugasnya yang memerlukannya berjumpa ramai orang lebih-lebih lagi program Gegar Vaganza akan bermula tidak lama lagi.
Pada masa sama, Nabil memberitahu keputusan COVID-19 beliau akan diperolehi esok pagi dan meminta semua masyarakat Malaysia mendoakan kesejahteraanya bersama keluarga.
Nabil yang juga pengacara program Meletop juga tidak menghadiri program mingguan itu namun hanya akan dihubungi melalui panggilan video.
Semoga tiada apa-apa yang berlaku kepada Nabil Ahmad dan keluarga.
View this post on Instagram
Mmg muka swab test mcm ni eh rupa dia??Kalau masuk news, shoot muka ni yang dorang highlight ni.
A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on
Oct 5, 2020 at 8:35pm PDT
Topic Berkaitan
#Nabil Ahmad
#COVID-19
#Gegar Vaganza
#swab test
#Astro
#program realiti Gegar Vaganza
#One Utama
#Meletop
#kuarantin kendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan