ENTERTAINMENT
Nabil Ahmad, Jihan Muse diumum sebagai hos AME2020

Nabil Ahmad, Jihan Muse diberi tanggungjawab sebagai hos untuk AME2020 tahun ini - Foto Instagram @amiruddinsylar
ADAKAH anda sudah bersedia?
Anugerah Meletop Era 2020 ( AME 2020 ) kembali buat kali ketujuh dengan tema yang berbeza iaitu "Yang Epik, Yang Legend".
Apa yang lebih menarik, untuk AME edisi kali ini mereka menampilkan dua pengacara terkenal iaitu Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse sebagai teraju utama anugerah berprestij itu.
Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad menyatakan bahawa mungkin akan ada penambahan hos untuk AME kali ini.
"Mungkin akan ada penambahan mungkin tidak, kerana penganjuran sebelum ini juga kita menyaksikan ada tiga sehingga lima hos yang mengendalikan anugerah ini, apa pun kita nantikan pengumuman semasa sidang media yang kedua," katanya semasa sidang media yang diadakan di Damansara Utama, pada Rabu.
Kategori baharu yang diperkenalkan ialah Artis Versatil Meletop dan Influencer Meletop serta satu Anugerah baharu iatu Anugerah Top Top Meletop Kumpulan/duo.
Untuk fasa pertama peminat sudah boleh mula mengundi artis kesayangan anda di www.anugerahmeletopera.com.my atau melalui aplikasi SYOK bermula 29 Januari sehingga 25 Febuari 2020.
AME 2020 akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April 2020.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami