awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naomi Campbell mentor model baru dalam 'The Face'

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2013
12:26 MYT
Naomi Campbell mentor model baru dalam 'The Face'
Selepas Tyra Banks, Naomi Campbell pula muncul dalam sebuah lagi program pencarian model.
Bezanya, Campbell bakal bersaing dengan dua lagi model popular dalam mencari wajah-wajah baru.
Mempunyai format seperti rancangan "The Voice", "The Face" memperlihatkan tiga mentor memilih model pilihan mereka untuk berentap sesama sendiri.
“Saya seorang mentor yang tegas kerana saya ingin mereka mengalami situasi yang sebenar kerana saya tidak akan bersama mereka ketika temujanji atau casting,” jelas model Naomi Campbell.
Selain Campbell, program itu menampilkan model Karolina Kurkova dan Coca Rocha sebagai mentor, manakala Nigel Barker sebagai hos.
“Saya rasa mereka akan melihat sisi Naomi Campbell yang sebenar. Mereka akan tahu beliau amat profesional dan tabah. Tidak hairanlah beliau sudah 20 tahun lebih di dalam industri ini dan beliau masih lagi berada di atas. Ini akan menjadi sebuah rancangan yang menarik,” kata hos Nigel Barker.
Rocha pula merasakan kesemua mentor mempunyai pengalaman yang secukupnya untuk dikongsi bersama.
“Naomi menangis bersama anak didik beliau. Dia juga kecewa dengan mereka. Naomi memang berdedikasi tentang ini. Kami memang benar-benar bersaing dimana kami akan bercakap ‘Cara saya model adalah cara yang benar’ atau ‘Apa yang beliau kata tidak boleh digunakan’. Namun, tiada cara yang benar atau salah kerana semua cara boleh digunakan. Semua masuk akal," kata Rocha.
"The Face" bakal bersiaran di Amerika Syarikat mulai 12 Februari.
Topic Berkaitan
#Coca Rocha
#Karolina Kurkova
#Naomi Campbell
#Nigel Barker
#The Face
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan