awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor

Gempak
Gempak
23/12/2025
10:45 MYT
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
TheNoor kini digunakan di hampir 200 negara dengan lebih 4.33 juta muat turun. - Gempak
USAHAWAN dan figura terkenal, Neelofa secara rasmi mengesahkan kedudukannya sebagai pemegang saham majoriti dalam syarikat teknologi gaya hidup Muslim, TheNoor, sekali gus menandakan permulaan fasa baharu yang lebih progresif dan berpotensi tinggi untuk platform tersebut.

Ringkasan AI
  • Neelofa mengesahkan sebagai pemegang saham majoriti dalam syarikat teknologi gaya hidup Muslim, TheNoor, menandakan fasa baharu yang progresif.
  • TheNoor kini digunakan di hampir 200 negara dengan lebih 4.33 juta muat turun, dan Neelofa mengambil alih pengurusan sepenuhnya serta merancang penstrukturan dan pelancaran TheNoor Pro.
  • TheNoor menjalin kerjasama strategik dengan konglomerat tempatan seperti Proton, menjadikannya aplikasi yang relevan dan berdaya saing dalam ekosistem teknologi dan automotif.

Ditubuhkan pada tahun 2020, TheNoor berkembang pesat sebagai aplikasi gaya hidup Muslim dengan merekodkan lebih 4.33 juta muat turun serta sekitar 650,000 pengguna aktif harian. Aplikasi ini kini digunakan di hampir 200 negara, dengan pasaran utama termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Arab Saudi, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Hong Kong, menjadikannya antara aplikasi Muslim paling berpengaruh di rantau ini.
Sejak penubuhannya sehingga tahun 2024, Neelofa tidak terlibat secara langsung dalam operasi harian syarikat. Namun bermula Ogos 2024, beliau mengambil alih sepenuhnya pengurusan TheNoor tanpa penglibatan pengurusan terdahulu, dengan membawa visi baharu yang lebih strategik, telus dan menekankan pertumbuhan mampan.
Sejurus mengambil alih tampuk kepimpinan, Neelofa melaksanakan pelan penstrukturan semula secara menyeluruh. Langkah itu merangkumi pelantikan barisan pengurusan kanan yang berwibawa, kerjasama dengan syarikat pembangunan perisian bertaraf global, pembentukan jawatan baharu bagi memperkukuh struktur operasi, serta pembangunan semula aplikasi yang bakal memperkenalkan versi TheNoor Pro, dijangka dilancarkan sebelum hujung tahun ini.
TheNoor kini berada di ambang kerjasama strategik bersama sebuah konglomerat besar tempatan, termasuk projek integrasi bersama Proton. Menerusi kerjasama ini, aplikasi TheNoor dijangka dipasang secara terus dalam tujuh model kenderaan Proton, sekali gus melonjakkan kedudukan TheNoor dalam ekosistem teknologi dan automotif tempatan.
Selepas pengambilalihan pada Ogos 2024, Neelofa turut mengarahkan semakan forensik menyeluruh terhadap syarikat susulan penemuan beberapa isu berkaitan ketidakpatuhan tadbir urus dan dokumentasi. Perkara itu sebelum ini telah dibangkitkan oleh juruaudit syarikat namun tidak dijawab oleh pengurusan terdahulu bagi tahun kewangan 2023.
Justeru, audit kewangan terperinci serta penstrukturan semula organisasi dalaman telah dilaksanakan bagi memastikan TheNoor beroperasi di atas landasan yang lebih kukuh, telus dan berdaya saing.
Neelofa menegaskan komitmennya untuk memastikan TheNoor terus berkembang sebagai platform gaya hidup Muslim global yang inovatif dan relevan.
“Saya yakin TheNoor mempunyai potensi yang amat besar untuk berkembang jauh ke hadapan. Fokus kami kini ialah membina semula asas yang kukuh, meningkatkan ketelusan dan memperkenalkan inovasi yang benar-benar memberi manfaat kepada komuniti Muslim di seluruh dunia,” katanya. -- Gempak


Topic Berkaitan
#Neelofa
#TheNoor
#pemegang saham majoriti
#syarikat teknologi gaya hidup Muslim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan