awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Neelofa, suami hadir beri keterangan di IPD Nilai

Sinar Harian
Sinar Harian
04/05/2021
08:40 MYT
Neelofa, suami hadir beri keterangan di IPD Nilai
Pada Sabtu, viral video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah kedai dipercayai di Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail telah pun hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai berhubung dakwaan kunjungan mereka ke premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan di Nilai 3, di sini.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman berkata, siasatan akan dilakukan mengikut perundangan yang ada dan tiada sebarang keistimewaan diberi.
"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai yang pasangan ini telah dipanggil beri keterangan hari ini untuk mengetahui sama ada mereka telah mendapat kebenaran dari polis untuk merentas negeri.
"Siasatan yang dilakukan polis sama sahaja dan tiada bezanya antara selebriti, orang awam atau orang kampung," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Sumbangan Bubur Lambuk oleh Persatuan Bekas Pegawai Kanan Polis Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini pada Selasa
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.
Menurutnya, turut hadir memberi keterangan iaitu pemilik dan seorang pekerja kedai permaidani.
Pada Sabtu, viral video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah kedai dipercayai di Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.
Malah, beberapa pengguna laman sosial Twitter turut mendakwa terlihat pasangan terbabit di Nilai 3 dan mempersoalkan tindakan mereka merentas negeri.
Dalam pada itu Che Zakaria, berkata, operasi penguatkuasaan bagi memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Aidilfitri ini sama seperti dilakukan tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Neelofa
#PU Riz
#IPD Daerah Nilai
#PKP
#Aidilfitri
#instagram story
#rentas negeri
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan