HIBURAN
Netflix guna kesan visual AI buat pertama kali dalam 'El Eternauta'

Netflix mencatat sejarah dengan menggunakan teknologi AI generatif untuk menghasilkan kesan visual dalam siri El Eternauta.
LOS ANGELES: Netflix mencatat sejarah baharu dalam industri hiburan apabila buat pertama kali menggunakan teknologi kecerdasan buatan generatif (AI) untuk menghasilkan kesan visual dalam siri asalnya, langkah yang dikatakan berjaya mempercepatkan proses produksi dan mengurangkan kos secara signifikan.
Ringkasan AI
- Netflix mencatat sejarah dengan menggunakan teknologi AI generatif untuk menghasilkan kesan visual dalam siri El Eternauta, mempercepatkan produksi dan mengurangkan kos secara signifikan.
- Babak runtuhan bangunan di Buenos Aires disiapkan 10 kali lebih pantas berbanding kaedah tradisional, dengan kerjasama Eyeline Studios; Netflix menegaskan AI digunakan sebagai alat sokongan, bukan pengganti tenaga kerja.
- Walaupun penggunaan AI dalam hiburan kekal kontroversi, Netflix merancang untuk memperluaskan penggunaannya dalam pencarian kandungan, penyesuaian iklan dan penjanaan kandungan masa depan.
Babak tersebut disiapkan 10 kali lebih pantas berbanding kaedah kesan visual tradisional, sekali gus menjimatkan kos yang sebelum ini dianggap tidak mampu ditanggung oleh produksi bajet sederhana.
“Ini adalah rakaman akhir pertama yang dihasilkan sepenuhnya oleh AI dalam mana-mana siri atau filem asal Netflix.
"Hasilnya bukan sahaja menjimatkan, malah membolehkan pencipta mencapai visi kreatif mereka,” kata Sarandos dalam panggilan pelabur suku kedua syarikat itu.
Netflix bekerjasama dengan Eyeline Studios, pasukan inovasi dalaman mereka, untuk membangunkan kesan visual tersebut.
Bagaimanapun, penggunaan AI dalam industri hiburan kekal kontroversi.
Ketika mogok besar-besaran oleh kesatuan penulis dan pelakon Hollywood pada 2023, isu AI menjadi antara tuntutan utama, dengan kebimbangan terhadap pelanggaran hak cipta dan penggantian tenaga kerja kreatif.
Netflix turut merancang untuk memperluaskan penggunaan AI dalam aspek lain termasuk pencarian kandungan berasaskan suara, penyesuaian iklan, dan penjanaan kandungan masa depan.
Menurut Sarandos, AI berpotensi menjadikan filem dan siri “lebih baik, bukan sekadar lebih murah”.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami